Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Turki-Malaysia negara Islam contoh

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Selasa, 14 Januari 2014

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Turki sentiasa bersedia berganding bahu dengan Malaysia dalam usaha membersihkan tanggapan salah masyarakat dunia yang mengaitkan Islam dengan keganasan. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, seperti Malaysia negaranya juga membantah keganasan dan usaha memburuk-burukkan imej Islam.

NAJIB Tun Razak memperkatakan sesuatu yang menarik bersama rakan sejawatannya, Recep Tayyip Erdogan sempena lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Turki itu ke Malaysia di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
 Menurut beliau, negara-negara Islam yang demokratik seperti Turki dan Malaysia tidak pernah bertolak-ansur dengan kegiatan keganasan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan yang mendakwa mereka berjuang atas nama Islam. “Saya yakin penekanan terhadap konsep keamanan dan prihatin yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang boleh dijadikan contoh," katanya.

Erdogan berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk Mentransformasi Asia Pasifik dan Turki dalam program Syarahan Ulung Tun Abdul Razak anjuran Yayasan Penyelidikan Mengenai Transformasi (FORT) di sini hari ini. Yang turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Timbalan Perdana Menteri Turki, Bulent Arinc; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Pengerusi FORT, Datuk Dr. Khairil Annas Jusoh.

Program syarahan tersebut salah satu acara yang diaturkan sempena lawatan rasmi Erdogan selama dua hari di negara ini. Erdogan turut menyifatkan perbuatan mengaitkan Islam dengan keganasan sehingga mencetuskan fenomena ‘Islamofobia’ di seluruh dunia sebagai tidak menghormati dan menghina agama itu. Beliau menegaskan, ‘Islamofobia’ boleh diumpamakan seperti perbuatan jenayah kerana telah menimbulkan tanggapan tidak adil terhadap dunia Islam. “Sehubungan itu, kita mesti berusaha menangkis tanggapan itu dengan menyeru ke arah perdamaian, persaudaraan dan perpaduan," katanya.

Tambah Erdogan, dasar luar Turki yang membabitkan hubungan dengan negara-negara Islam adalah lanjutan daripada usaha yang dipelopori oleh Empayar Uthmaniyyah pada masa dahulu. “Turki pernah membantu dan berjuang bersama umat Islam di Andalusia, Aceh, Melaka dan Sumatera. Kini, kami melakukan perkara yang sama," jelasnya. Beliau turut mengecam sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa terhadap tindakan rejim Zionis Israel menindas rakyat Palestin. Dalam pada itu, Erdogan berkata, Turki sedang berusaha menjayakan Wawasan 2023 dan beliau yakin Malaysia di bawah pentadbiran Najib akan berjaya mencapai segala matlamat yang disasarkan dalam Wawasan 2020.

Erdogan ajak Malaysia bekerjasama capai Wawasan 2020, 2023

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan percaya Kuala Lumpur dan Ankara mampu bekerjasama untuk mencapai wawasan negara maju masing-masing pada 2020 dan 2023. Erdogan berkata, seperti Malaysia yang mempunyai Wawasan 2020, Turki menetapkan Visi 2023 untuk mencapai status sebagai sebuah negara maju. Beliau berkata, Ankara dan Kuala Lumpur mempunyai hubungan yang baik di mana Malaysia merupakan negara kelima menandatangani rangka kerja kerjasama strategik dengan Turki selepas China, Afrika Selatan, Jepun dan Indonesia.

"Kita bersetuju untuk meningkatkan hubungan ke tahap lebih tinggi, Malaysia dan Turki merupakan dua negara yang berkongsi agama dan nilai budaya yang sama.

"Kita juga berjaya menunjukkan Islam dan demokrasi boleh diamalkan secara bersama," katanya dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. Erdogan berkata, Malaysia dan Turki boleh meneroka lebih banyak peluang kerjasama dalam semua bidang termasuk tenaga, pertahanan, automotif dan juga pembangunan kemudahan infrastruktur.

Mengenai hubungan perdagangan pula beliau berkata, kedua-dua negara bersetuju untuk meningkatkan nilai dagang dua hala daripada AS$1.5 bilion (RM4.9 bilion) setahun kepada AS$5 bilion (RM16.34 bilion) dalam tempoh lima tahun. Perdana Menteri Turki pada masa sama menyatakan kepentingan Turkish Airlines dan Malaysia Airlines untuk mewujudkan penerbangan harian antara kedua-dua negara bagi meningkatkan perhubungan manusia. "Ia juga amat bermakna untuk mengumumkan tahun ini sebagai tahun Malaysia-Turki," katanya.

Dalam pada itu, Erdogan berkata, Kuala Lumpur dan Ankara mempunyai dasar luar yang proaktif dalam menyampaikan pandangan mengenai isu-isu kestabilan serantau dan global. "Malaysia dan Turki boleh bekerjasama secara bilateral selain melalui pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kita juga berbincang tentang keadaan di Myanmar, Libya, Mesir, Tunisia dan Syria," katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas