Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog BR1M: Golongan muflis terima wang tunai

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Jumaat, 17 Januari 2014

Datuk Ahmad Maslan
PONTIAN 13 Jan. - Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diisytiharkan muflis akan diberikan bantuan berkenaan secara tunai melalui pejabat daerah masing-masing.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, mereka yang terlibat hanya perlu mengisi borang dan memaklumkan status muflis kepada pejabat daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau melalui laman web www.hasil. gov.my.

"Kita sedar akan kesulitan golongan ini untuk membuka akaun kerana akaun sedia ada telah dibekukan selepas diisytiharkan muflis oleh pihak bank.

"Ada antara mereka ini diisytiharkan muflis kerana menjadi penjamin pinjaman bank individu lain dan sebagainya. Namun, dengan cara ini mereka masih layak untuk menerima BR1M ini," katanya selepas merasmikan Balai Rakyat Haji Ithnin di Parit Terus Darat, Benut di sini hari ini.

Kerajaan memperuntukkan dana RM4.5 bilion untuk 7.9 juta isi rumah dan individu bujang menerima BR1M 3.0 pada tahun ini.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian mengingatkan penerima bantuan berkenaan supaya mengemas kini data-data peribadi mereka termasuk alamat, nombor akaun dan status perkahwinan.

Katanya, proses pendaftaran dan kemaskini BR1M akan dibuka sehingga 31 Januari ini dan kementerian tidak berhasrat melanjutkan tarikh tersebut memandangkan hebahan mengenainya telah dibuat di seluruh negara.

"Proses kemas kini penting kerana ia turut melibatkan beberapa perubahan antaranya penerima berstatus bujang akan dilindungi caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M selepas mereka berkahwin.

"Jumlah bantuan yang diterima golongan itu juga akan bertambah daripada RM300 kepada RM650.

"Sekiranya mereka tidak mengemaskini status perkahwinan, mereka tidak akan dilindungi perlindungan insurans sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal," katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas