Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Putrajaya baldatun thoiyyibatun

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Selasa, 14 Januari 2014

MINGGU lalu saya membaca hingga selesai novel Baldatun Thoiyyibatun karya Pelita Dalam Kaca. Novel ini memenangi hadiah utama Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2011 dalam kategori novel. Baldatun thoiyyibatun dari bahasa Arab yang terjemahan longgarnya ialah "negara yang aman dan sejahtera." Aman sejahtera dalam konteks ini adalah mendukung prinsip-prinsip Islam. Menerusi imaginasinya, pengarang membina model negara impian di Malaysia yang mengutamakan aspek kebajikan dan kesejahteraan. Kota Cahaya dalam novel ini adalah replika kepada sebuah kota di negara Islam.

Kota Cahaya dibina berteraskan nilai keadilan, ketertiban, kebersihan dan kebenaran Islam. Malah menunjukkan bentuk pembangunan prasarana, sistem undang-undang, pendidikan, pendaulatan ilmu dan ilmuwan yang sejajar dengan kehendak Islam. Setelah selesai menghabiskan novel ini, saya percaya Kota Cahaya adalah Putrajaya yang dijadikan rujukan oleh pengarang.

Walaupun Putrajaya tidak diuar-uarkan seperti kerajaan Kelantan menjenamakan Kota Bharu sebagai "Bandar raya Islam", saya percaya Putrajaya ada ciri-ciri itu. Nilai-nilai kesejahteraan dalam kehidupan, Islam bukan sahaja dilihat malah dirasakan di Putrajaya. Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad bukan sahaja membina Putrajaya malah meniupkan roh Islam apabila menggariskan Pusat Pentadbiran Persekutuan ini bebas arak, pusat hiburan dan segala yang menjadi agen pembudayaan Barat yang merosakkan.

Tetapi bukan semua orang berfikir seperti Dr. Mahathir yang mahu menjadikan Putrajaya kota contoh berteraskan nilai Islam. Ada yang menganggap Putrajaya lesu dan mati pada sebelah malam kerana tidak ada pusat hiburan. Sebenarnya pusat hiburan datang dalam tiga serangkai; arak, wanita dan muzik yang liar. Memang benar, kehidupan malam di Putrajaya tidak seperti Jalan P. Ramlee atau Bukit Bintang di Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan pelancong kerana ada arak, wanita dan muzik. Tetapi setakat ini Putrajaya bebas daripada sebarang gejala keruntuhan akhlak, pergaulan bebas, pembuangan bayi dan mat rempit atau mat motor besar yang mengepit minah motor.

Orang bukan Islam juga menikmati kesejahteraan dan kedamaian ini. Suasana di Putrajaya memang sunyi daripada definisi kehidupan malam seperti di Kuala Lumpur. Tetapi sebenarnya meriah apabila warga keluar beriadah di sekitar tasik di tepi Masjid Putra dan Masjid Sultan Mizan. Malah dataran di depan Masjid Putra dan Seri Perdana sentiasa riuh-rendah dengan hilai ketawa kanak-kanak bersama keluarga.

Suasana ini sangat harmoni, sesuai dengan definisi baldatun toiyibatun yang terasnya adil, tertib, bersih dan mendukung Islam. Tetapi saya tidak pasti adakah ini mampu dilestarikan pada masa akan datang? Ini kerana wujudnya pihak yang merasa sepi dan sunyi di Putrajaya dan mereka mahu memeriahkan dengan nilai yang bertentangan dengan "tanda nama" Putrajaya. Apalah sangat dengan larangan menjual arak dan pusat hiburan di Putrajaya kerana kata orang tua-tua, anak sungai lagikan berubah, inikan pula peraturan di atas kertas.

Selepas Presiden Perbadanan Putrajaya, Aseh Che Mat memberi jaminan tidak akan meluluskan permohonan Hard Rock Cafe (sekiranya ada permohonan), saya sudah tidak bimbang dengan Hard Rock Cafe. Saya berpegang kepada janji-janji Aseh untuk memelihara Putrajaya. Lagi pun Hard Rock Cafe bukan isunya. Yang menjadi isu ialah sudah ada percubaan untuk mengubah imej Putrajaya. Gerakan ini tersusun dan terancang, cuma yang peka dapat membaca bahawa setenang-tenang air di tasik Putrajaya jangan disangka tiada buaya.

Hujah mereka berteraskan kepentingan kebendaan, tiada pelabur Putrajaya tidak ada pendapatan. Lebih membimbangkan suatu ketika dulu ada pihak mengesyorkan diadakan "red light area" khusus untuk pelancong di Kuala Lumpur. Sekarang ini tetamu dari luar sangat berbangga dengan Putrajaya walaupun tidak diperagakan sebagai kota Islamik tetapi roh Islam jelas terpancar. Ketika sesetengah pihak membuat andaian bahawa pelancong suka arak dan pusat hiburan, Putrajaya menongkahnya dengan yakin apa lagi dianggarkan 95 peratus warganya Islam.

Kita mesti pertahankan Putrajaya supaya jangan menjadi Jalan P. Ramlee kedua yang "kaya" dengan pusat hiburan, arak dan pergaulan bebas yang dihalalkan atas nama tuntutan pelancong. Ini bukan sahaja tanggungjawab warga Putrajaya malah kita semua.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas