Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Jangan biadap, perlekeh perpaduan rakyat - MPM

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 2 Januari 2014

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Majlis Pendekar Malaysia (MPM) memberi amaran kepada dalang di sebalik rancangan Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini supaya tidak bersikap biadap.

Ahmad Maslan (depan, dua dari kanan) memukul gong sebagai tanda simbolik perasmian Persidangan Agung Tahunan MPM di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Omardin Mauju (duduk) dan Megat Zulkarnain Omardin (kanan).
Penasihat Kehormat MPM, Datuk Ahmad Maslan berkata, perbuatan menyebarkan poster berunsur provokasi dengan tujuan menghasut rakyat mengadakan perhimpunan menggulingkan kerajaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana boleh menghakis perpaduan.

“Hentikan perbuatan yang tidak mendatangkan kebaikan kepada negara. Ini semua kerja sia-sia.

“Jika mahu berbincang atau serah memorandum kepada kerajaan, buatlah dengan cara baik dan lebih beradab kerana negara kita masih ada undang-undang," katanya selepas Majlis Perasmian Persidangan Agung Tahunan MPM kali kedua di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Presiden MPM, Tan Sri Omardin Mauju dan Ketua Satria Muda MPM, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din.

Pada majlis itu, enam atlet yang mengharumkan nama negara dalam Sukan SEA Myanmar 2013 bagi kategori seni mempertahankan diri menerima sumbangan khas MPM.

Antara penerimanya adalah Nor Hamizah Abu Hasan dan Nur Syazreen A. Malik yang meraih pingat emas dalam acara pencak silat dan Tai Cheau Xuen yang merangkul pingat emas dalam acara wushu.

Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan menggesa pasukan keselamatan mengambil tindakan segera terhadap pihak yang ingin memporak-perandakan keamanan serta memecahbelahkan keharmonian rakyat.

“Kerajaan sentiasa mengamalkan konsep keterbukaan dalam mendengar segala permasalahan atau kehendak rakyat, jadi tiada sebab untuk kita mengadakan perhimpunan sedemikian," tegasnya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas