Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Polis dedah 4 NGO dalang perhimpunan haram

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 2 Januari 2014

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Polis mendedahkan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang sebagai dalang utama perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan pada sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka, Selasa depan.

Empat pertubuhan tersebut adalah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dikatakan turut merancang menimbulkan kekecohan dengan menggunakan senjata.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika mendedahkan perkara itu berkata, pihaknya telah mengenal pasti kumpulan tersebut berdasarkan hasil maklumat dan risikan.

"Justeru polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang akan menggugat ketenteraman awam pada malam tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Amar Singh seterusnya menegaskan, perhimpunan itu adalah haram kerana pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada pihak penganjur perhimpunan sehingga kini.

Katanya, jika diteruskan perbuatan tersebut melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan peserta boleh ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran agar orang ramai tidak terpengaruh dengan hasutan penganjur kerana perhimpunan tersebut jelas menyalahi undang-undang.

"Mengikut peraturan, penganjur perlu menyerahkan notis kebenaran berhimpun 10 hari sebelum perhimpunan diadakan tetapi sehingga kini pihak kami tidak menerima sebarang notis daripada mereka," katanya.

Menurut Amar Singh, pihaknya turut mendapat maklumat kumpulan tersebut menguar-uarkan ancaman untuk membawa senjata berbahaya termasuk bom tangan dalam perhimpunan itu.

"Selain itu, kami difahamkan ada segelintir kumpulan merancang mendirikan khemah kerana mahu menimbulkan suasana tegang untuk mencabar undang-undang dan kedaulatan negara.

"Bagaimanapun, pihak kami telah mempersiapkan anggota sebagai persediaan jika berlaku sebarang kekecohan dan provokasi yang boleh mengganggu kira-kira 20,000 orang awam yang dijangka hadir menyambut ambang tahun baru di kawasan tersebut (Dataran Merdeka)," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan penutupan Jalan Raja dan Jalan Susur Kinabalu ke Jalan Raja bagi memastikan lalu lintas berjalan lancar sempena sambutan ambang tahun baharu.

"Jalan Raja akan mula ditutup mulai pukul 12 tengah malam pada Isnin ini manakala Jalan Susur Kinabalu ke Jalan Raja akan ditutup mulai pukul 6 petang, hari yang sama. Bagi mengelakkan gangguan lalu lintas, orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dan kenderaan awam," jelasnya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas