Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Himpunan guling kerajaan bercanggah demokrasi

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 2 Januari 2014

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Perbuatan ganas dan biadab kira-kira 5,000 peserta Himpunan Guling Kerajaan yang mencemari acara sambutan tahun baharu 2014 di Dataran Merdeka tengah malam tadi adalah bercanggah dengan amalan demokrasi di negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, peserta perhimpunan haram tersebut yang mewakili golongan minoriti tidak berhak menafikan hak majoriti rakyat yang mahu berkumpul bagi meraikan sambutan tahun baharu.

Menurut beliau, golongan minoriti berhak untuk berhimpun secara aman tetapi mereka tidak boleh mengganggu kehidupan kelompok rakyat yang lebih ramai.

"Jika mereka mahu melakukannya, mereka boleh melakukannya di tempat lain tetapi mereka sengaja mencetuskan masalah.

"Orang ramai mahu menyambut ketibaan tahun baharu namun mereka tidak dapat melakukannya. Demokrasi jenis apakah itu?" katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu 2014 anjuran PPP di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dr. Mahathir mengulas tindakan ganas para peserta perhimpunan haram tersebut merempuh penghadang polis sehingga acara sambutan tahun baharu 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka tengah malam tadi terpaksa dibatalkan.

Mereka membaling objek ke arah pentas ketika pancaragam DBKL membuat persembahan dan bertindak biadab dengan menghamburkan kata-kata kesat serta memaki hamun kerajaan.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim memberitahu, tindakan para peserta perhimpunan haram berkenaan mengganggu majoriti rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian.

Jelas beliau, mereka sepatutnya akur bahawa kerajaan di negara ini dipilih menerusi sistem pilihan raya dan tidak boleh digulingkan melalui demonstrasi.

"Kita boleh suarakan pandangan di Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN), forum atau dialog malah saya bersedia berdialog dengan sesiapa sahaja asalkan mereka tidak berdemonstrasi," ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden PPP, Datuk Seri Dr. M. Kayveas berkata, sedutan rakaman Himpunan Guling Kerajaan yang disiarkan oleh agensi-agensi media asing boleh memberi gambaran palsu tentang situasi di negara ini kepada dunia.

"Perbuatan para peserta perhimpunan akan memburukkan keadaan. Mereka tidak berniat baik dan merosakkan apa yang kita bina selama ini lebih-lebih lagi dalam suasana Tahun Melawat Malaysia 2014," katanya.

Beliau juga berpandangan, perhimpunan haram tersebut dijadikan alat oleh pemimpin-pemimpin tertentu yang rakus kuasa politik.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas