Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Ceburi sektor perkhidmatan

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 2 Januari 2014

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) menyeru francaisor dan francaisi tempatan supaya berani menceburi perniagaan dalam bidang perkhidmatan yang mana setakat ini bidang berkenaan hanya meliputi 11 sehingga 12 peratus sahaja.

Syed Kamarulzaman Datuk Syed Zainol Khodki Shahabudin
Pengarah Urusannya, Syed Kamarulzaman Datuk Syed Zainol Khodki Shahabudin (gambar) berkata, usahawan francais hari ini terlalu menumpu kepada sektor makanan dan minuman (F&B) sehingga ia telah mencecah 35 peratus daripada keseluruhan jenama francais.

Katanya, sektor perkhidmatan mungkin tidak glamor dalam kalangan masyarakat seperti sektor lain, tetapi ia dilihat mampu merancakkan lagi industri yang boleh dikembangkan menerusi sistem francais seterusnya menembusi pasaran antarabangsa.

"PNS mengambil inisiatif untuk membangunkan usahawan dalam sektor perkhidmatan menerusi Program Pemodenan Peruncitan dengan mengenal pasti syarikat atau peniaga kecil berkaitan untuk diberikan bimbingan, latihan dan dana.

"Antara jenama francais yang berkecimpung dalam bidang perkhidmatan di bawah PNS ialah Kamal Kamal Pest Control yang menawarkan perkhidmatan pemusnahan serangga perosak dan Procleaners bagi perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan".

Syed Kamarulzaman berkata, PNS yang diberikan mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia telah mengeluarkan dana pembiayaan kira-kira RM40 juta pada tahun 2013.

"Dana itu membabitkan sebanyak 200 peminjam setakat ini di bawah PNS. Justeru usahawan francais tidak seharusnya menjadikan dana sebagai halangan kerana kami mempunyai dana mencukupi bagi menyokong keperluan pembiayaan dan pengembangan syarikat francais tempatan.

"Francaisor dan francaisi tempatan perlu bijak dan menjadi lebih dinamik mengambil peluang dengan mengenal pasti keperluan Malaysia dalam sektor perkhidmatan supaya perbelanjaan negara untuk sektor itu dapat dijimatkan," katanya.

Ujarnya lagi, PNS berharap lebih banyak syarikat bumiputera berusaha bagi meneroka pelbagai sektor perniagaan dan mempelbagaikan lagi pilihan sedia serta menampilkan kelainan.

"Mereka yang mempunyai perniagaan yang berpotensi untuk difrancaiskan digalakkan untuk tampil bagi membolehkan PNS memberi bimbingan dan pembiayaan bagi mengembangkan perniagaan mereka," katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

288,596

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA