Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog 'Topeng' pihak tertentu cemar sistem demokrasi negara

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 2 Januari 2014

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Perhimpunan haram anjuran badan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Merdeka malam tadi adalah ‘topeng’ oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda lebih luas untuk mencemarkan sistem demokrasi negara seperti yang berlaku di Thailand dan Mesir.

Ia adalah sifat yang bijak untuk menahan keseronokan, tetapi yang bodoh menjadi hamba kepada mereka.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rashid berkata, perhimpunan itu adalah permulaan bagi agenda yang lebih luas.

“Mereka cuba untuk membangkitkan rasa tidak percaya pada demokrasi di negara ini seperti di Thailand dan Mesir setelah mereka tidak berjaya dalam pilihan raya umum lalu," katanya selepas ditemu bual BernamaTV dalam program Ruang Bicara yang dikendali Dahalan Maamor bertajuk ‘Ambang 2014: Menghormati Hak Berhimpun’ yang bersiaran secara langsung malam tadi.

Perhimpunan haram itu, yang dihadiri 4,000 peserta, bertukar ganas dan merencatkan konsert Ambang Merdeka anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 malam.

Polis sebelum ini menamakan empat NGO sebagai terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram berkenaan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Salleh berkata, tujuan perhimpunan itu diadakan ketika secara tradisinya rakyat Malaysia menyambut ketibaan tahun baharu adalah untuk mengaburi pihak luar kononnya ia mendapat sambutan rakyat.

“Hakikatnya mereka tahu jumlah mereka kecil, dan cuba menggunakan orang ramai yang merayakan tahun baharu yang lebih ramai daripada jumlah mereka, untuk dijadikan alat sebagai bukti di dalam gambar dan video mereka serta dimuatkan ke dalam laman sosial, kononnya perhimpunan mereka mewakili suara rakyat," katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas