Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog FGV kuasai 100% Felda Holdings

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 2 Januari 2014

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd. (KPF) akhirnya bersetuju menjual keseluruhan kepentingannya dalam Felda Holdings Bhd. (FHB) kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) dengan nilai RM2.2 bilion.

Mohd. Emir Mavani Abdullah (kanan) bersama Mohd. Isa Abdul Samad semasa sesi sidang akhbar selepas mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa di Kuala Lumpur, semalam.
Sebelum ini, KPF memiliki 51 peratus kepentingan dalam FHB dan selepas persetujuan jualan tersebut diputuskan dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) hari ini, FGV bakal menguasai 100 peratus kepentingan dalam FHB.

Jualan tersebut melibatkan pembelian 112,199,999 saham dengan nilai RM19.61 sesaham.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Mohd. Emir Mavani Abdullah berkata, proses pembelian ini adalah sebahagian daripada rancangan utama FGV untuk terus menyepadukan keseluruhan operasinya.

"Sebelum ini, FGV hanya mengoperasikan perniagaan milik syarikat lain dan ini sangat menyukarkan untuk membuat sebarang keputusan berkaitan perniagaan.

"Kini FGV mampu mengawal perniagaan pemprosesan dan logistik yang dimiliki FHB sekali gus membolehkan kami menguruskan kos operasi dengan cekap. Kesan pengambilalihan ini akan boleh dilihat menerusi prestasi kewangan 2014 kelak," katanya pada sidang akhbar selepas EGM, di sini hari ini.

Yang turut hadir adalah Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Menurut Emir Mavani, walaupun FGV menguasai sepenuhnya FHB, kumpulan tidak membuat sebarang pindaan terhadap perjanjian perniagaan sedia ada antara peneroka dengan anak syarikat FHB termasuk penjualan buah tandan segar kelapa sawit (FFB) kepada Felda Palm Industries.

"Proses ini dilihat sebagai situasi menang-menang antara FGV dengan KPF. Pembelian dibuat secara tunai dan KPF boleh menggunakan dana tersebut untuk membuat pelaburan dalam perniagaan lain untuk menjana keuntungan," jelasnya.

Pegangan kepentingan KPF dalam sepuluh anak syarikat milik FHB juga kekal.

Beliau berkata, selepas penstrukturan semula perniagaan FGV ini, kumpulan menyasarkan pertumbuhan tahunan perolehan sekitar lapan peratus selama lapan tahun bermula tahun hadapan.

"Dua perkara yang akan dilaksanakan tahun hadapan iaitu meningkatkan keberkesanan operasi dan melihat potensi pengambilalihan dalam sektor huluan dan hiliran.

"Kami juga menyasarkan untuk melakukan proses penanaman semula 15,000 hektar ladang kelapa sawit setahun. Ini penting kerana profil sektor berkenaan tidak berapa baik dan penanaman semula sangat penting," ujarnya.

Tambah beliau, prospek harga minyak sawit mentah MSM tahun hadapan adalah sekitar RM2,500 hingga RM2,700 setan metrik disebabkan pertumbuhan sektor biodiesel di Malaysia dan juga Indonesia.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas