Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Cat Farish terus berjuang

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Jumaat, 17 Januari 2014

SEPANJANG 20 tahun berusaha menempatkan diri di dalam industri ada sesuatu yang tidak berubah mengenai anak seni ini. Kegigihannya memperjuangkan apa yang dipercayai, membawa dia berada dalam tiga buah kumpulan muzik yang berbeza.

Hairannya semakin jauh mendaki, semakin berat pula tanggungjawab yang dipikul sehingga memaksa dia berada dalam keadaan yang tertekan suatu ketika. Menamakan itu sebagai asam garam kehidupan yang dia kini semakin lali untuk laluinya, bagi bekas anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish percaya dengan pilihannya.

Kalau diikutkan zaman kegemilangannya bersama Ruffedge sudah cukup memberi pengajaran untuk dia lebih berhati-hati, meneruskan perjuangan atas dasar bersama. Bagaimanapun melihat itu dari sudut yang berbeza Cat sekali lagi meneruskan status penyanyi berkumpulan dengan mewujudkan pula kumpulan The Fabulous Cats.

Sekian lama berjuang dengan kumpulan ini, walaupun ada ketikanya pertukaran ahli kumpulan The Fabulous Cats sedikit memeningkan peminat, usahanya dilihat berjaya meletakkan The Fabulous Cats di tahap yang membanggakan kini.

Tidak berhenti di situ rupanya, baru-baru ini Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli sekali lagi memperkenalkan kumpulan terbaharunya Cat Farish & Tiga Swagger. Kalau lihat ini mampu menimbulkan kekeliruan di kalangan peminatnya, ialah belum ada kata putus mengenai The Fabulous Cats kini sudah muncul dengan kumpulan baharu.

"Cat Farish & Tiga Swagger merupakan kumpulan projek.

"Jujurnya kumpulan ini tercipta secara tidak sengaja, melihat potensi yang dimiliki setiap daripada ahli kumpulan ini, saya terus bersetuju untuk meneruskan perjuangan dengan Cat Farish & Tiga Swagger," katanya ketika hadir untuk sesi fotografi bersama Hits baru-baru ini.

Persoalan yang mula timbul kini, adakah bermakna tiada lagi The Fabulous Cats, menjawab persoalan itu, Cat dengan tenang menjawab Cat Farish & Tiga Swagger mungkin percaturan untuk ke arah itu. Bagaimanapun dia kekal menafikan perkuburan The Fabulous Cats buat masa ini, bagaiamanapun semuanya akan terjawab dalam album keempat The Fabulous Cats.

"Saya tidak kata tiada lagi The Fabulous Cats, buat masa ini saya beri masa untuk kumpulan ini mengumpul kembali tenaga untuk album keempat kami nanti.

"Bagaimanapun saya tidak nafikan album keempat The Fabulous Cats nanti bakal menjawab sama ada kumpulan tersebut akan diteruskan," katanya tenang.

Tidak menafikan muncul dengan kumpulan baharu untuk kali ketiga kini menyebabkan dia dipersoal mengenai sikap terhadap ahli kumpulan lain. Cat bagaimanapun meletakkan dirinya dalam keadaan yang begitu selesa dengan memberitahu pengalaman lalu tidak mengajarnya untuk menjadi ketua.

"Bila kita berada di hadapan sesebuah kumpulan, mungkin ada yang mengatakan saya terlalu mengawal semuanya. Tetapi itu bukan apa yang berlaku, siapa yang berada dalam kumpulan yang sama dengan saya mereka lebih kenal saya.

"Pokoknya bila orang luar melihat situasi ini, kegagalan itu akan secara automatik beralih kepada saya. Jujurnya pertukaran ahli dalam The Fabulous Cats tidak ada kena mengena dengan saya kerana ia lebih kepada peralihan kontrak pengurusan," katanya.

Melihat tahun pembabitannya dalam industri, rasanya tiada apa yang kurang untuk dia meneruskan karier nyanyiannya tanpa kehadiran kumpulan lagi. Menjelaskan keadaan itu, Cat dengan rendah hati memberitahu dia sebenarnya sangat selesa untuk berada di atas pentas dengan kehadiran rakan-rakan lain.

"Saya belum yakin untuk di atas pentas secara solo, mungkin akan tiba waktunya namun buat masa ini saya selesa untuk muncul dengan kumpulan.

"Tetapi dalam waktu terdekat ini saya akan muncul dengan album solo yang mengumpulkan lagu-lagu ciptaan saya," katanya.

Tidak serik

Memilih sehingga ke saat ini untuk berada di barisan hadapan, menurut Cat tidak pernah terlintas dalam fikirannya meninggalkan dunia nyanyian dan berada di sebalik tabir sahaja. Bagi cat selagi dia mampu untuk meneruskan minatnya ini dia akan kekal di atas pentas.

"Ada yang berpendapat saya sudah layak untuk mencipta lagu sahaja, tetapi apa yang mereka tidak tahu minat saya dalam bidang nyanyian.

"Buat masa ini memang saya ada membuat kerja-kerja di belakang tabir, namun keutamaan saya lebih kepada nyanyian," katanya.

Menjelaskan setelah tiga kali berada dalam kumpulan yang berbeza, ada sesuatu yang mengajarnya untuk lebih bersedia tentang kemungkinan. Tidak serik dengan apa yang berlaku, menurut Cat percaturannya ini juga tidak ada kena mengena untuk memudahkan artis dibawanya lebih cepat dikenali.

"Bukan niat saya berada dalam kumpulan itu, memudahkan kumpulan ini lebih dikenali. Tiada apa-apa pengorbanan yang dibuat saya.

"Seperti yang saya katakan tadi Cat Farish & Tiga Swagger muncul secara tidak sengaja, dan idea ini wujud di antara rakan-rakan saya," katanya.

Tidak menolak untuk meneruskan karier lakonannya, bagi cat buat masa ini dia masih perlu memberi fokus buat kerjaya nyanyiannya dahulu. Namun dia tidak menolak untuk menerbitkan dramanya sendiri suatu hari nanti, bagi Cat bukan soal tamak yang perlu dilihat peminatnya kini.

"Bila saya mahu buat semua benda ada yang berpendapat saya tamak, tetapi apa yang mereka tidak tahu kerja dalam dunia ini tidak jauh larinya, jadi tiada apa yang terlalu berbeza.

"Kalau ada tawaran berlakon saya akan teruskan cuma buat masa ini saya mahu beri tumpuan buat bidang nyanyian dahulu," katanya.

Teruja Cat Farish dan Tiga Swagger

Berada di bawah pantauan M.Nasir, kumpulan ini diibaratkan amat bertuah kerana mendapat kesempatan yang dianggap peluang emas itu. Sudahpun muncul dengan single terbaharu berjudul Opss! Aku Dah Ter... Menurut Farish walaupun Cat Farish & Tiga Swagger masih lagi baharu namun dia percaya dengan keempat-empat jiwa muda iaitu Rangga, Eddie, Syifa dan Bee.Ru yang turut memperkukuhkan perjuangannya ini.

"Memang kami teruja untuk berada di bawah perhatian M.Nasir, memandangkan dia boleh dianggap pencetus ke arah muzik yang lebih relevan untuk masyarakat, kami yakin Cat Farish & Tiga Swagger mampu mengorak langkah yang lebih panjang.

"Bagaimanapun kami semua melihat peluang ini sebagai permulaan yang lebih baik untuk kami semua," katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas