Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Subsidi perumahan diperinci semula

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 20 November 2013

Datuk Abdul Rahman Dahlan
KUALA LUMPUR 18 Nov. – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memperinci semula kaedah pemberian subsidi perumahan RM30,000 di bawah program MyHome melalui mesyuarat pada Khamis ini.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, mesyuarat itu juga akan mencari mekanisme terbaik untuk menentukan sama ada subsidi berkenaan akan diberikan kepada pemaju atau terus kepada pembeli.

“Kita telah memanggil semua Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pejabat Tanah dan Galian, wakil Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan PRIMA bagi membincangkan perkara tersebut.

“Kita akan fikirkan mekanisme terbaik. Saya faham sudah tentu ada dua mekanisme sama ada RM30,000 ini diberikan kepada pemaju atau pembeli dan kita akan rungkaikan persoalan ini dalam mesyuarat tersebut,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berhubung pembayaran subsidi program MyHome pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Pada Bajet 2014, kerajaan memperkenalkan projek perumahan baharu iaitu Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome bagi menggalakkan sektor swasta membina lebih rumah kos rendah dan sederhana dengan menawarkan subsidi RM30,000 seunit kepada setiap pemaju swasta.

Menjawab soalan asal Shamsul Anuar berhubung masalah yang dihadapi dalam menjayakan sasaran pembinaan rumah untuk rakyat, Abdul Rahman berkata, isu yang mungkin timbul dalam proses pelaksanaan pembangunan perumahan termasuk soal lokasi, akses kemudahan asas setempat, isu pemilikan tapak dan juga keupayaan pemaju menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun katanya, Majlis Perumahan Negara yang ditubuhkan kerajaan berperanan merangka pelan tindakan menyeluruh bagi memastikan penyediaan rumah dilakukan dengan lebih cekap dan cepat.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas