Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Johor destinasi pelaburan utama

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 20 November 2013

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
NUSAJAYA 18 Nov. – Johor terus mengekalkan kedudukan sebagai destinasi pelaburan terunggul di negara ini, khususnya dalam sektor perindustrian apabila berjaya mencatatkan kemasukan pelaburan bernilai RM8.8 bilion sehingga Ogos lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah pelaburan itu merupakan yang tertinggi di Malaysia dan meletakkan Johor di hadapan meninggalkan Sarawak yang merekodkan kemasukan pelaburan RM5.6 bilion, Selangor (RM3.49 bilion) dan Pulau Pinang (RM1 bilion).

Beliau berkata, kejayaan yang diperoleh itu adalah hasil kejayaan Johor menawarkan pakej rangsangan pelaburan yang menarik, selain berjaya mengenal pasti sumber kekuatan yang boleh digunakan.

“Berdasarkan kepada penunjuk ekonomi yang dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) membuktikan bahawa pelaburan domestik dan luar mempunyai keyakinan terhadap ekonomi di negeri ini.

“Pelabur turut menaruh harapan besar untuk melihat penjanaan kekuatan ekonomi berterusan dan terus dipertingkat pada masa akan datang,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri berjaya mencapai sasaran kutipan cukai sebanyak RM1.12 bilion tahun ini seperti mana yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2014 pada 7 November lalu.

“Kutipan hasil ini berjaya dicapai lebih awal iaitu pada minggu lalu dan dengan prestasi seperti ini, baki defisit terkumpul dalam Akaun Hasil Yang Disatukan sejak tahun 2000 akan dapat dihapuskan,” katanya.

Beliau berkata, aset negeri juga meningkat kepada RM1.45 bilion pada 2012 berbanding RM450.5 juta pada tahun sebelumnya.

“Persoalan yang sering ditimbulkan pihak tertentu adalah mengenai jumlah hutang kerajaan negeri. Ingin saya nyatakan tanggungan kerajaan negeri yang terdiri daripada hutang kepada kerajaan persekutuan.

“Ia hanya membabitkan projek pembangunan untuk kesejahteraan dan kemakmuran Johor dan tidak membabitkan sebarang pinjaman untuk menampung perbelanjaan mengurus kerajaan,” katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas