Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Sasar 100 juta tan biojisim sawit

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 20 November 2013

Datuk Seri Mahdzir Khalid
KUALA LUMPUR 18 Nov. – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mengunjurkan peningkatan kira-kira 100 juta tan biojisim kering minyak sawit pada tahun 2020 berbanding 83 juta tan tahun lalu.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penambahan itu akan digunakan untuk nilai lebih tinggi yang berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, menurut Strategi Biojisim Kebangsaan 2012, peningkatan signifikan itu bakal menyumbang sebanyak RM30 juta kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) di samping pengurangan pengeluaran karbon dan kira-kira 66 ribu peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

“Reputasi negara kini berada di tahap matang bagi tujuan pelaburan dalam industri biojisim justeru industri minyak sawit adalah contoh terbaik boleh memacu kita sebagai perintis dalam ekonomi hijau di rantau ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Simposium Bio-Tenaga di sini hari ini.

Simposium anjuran Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC) itu disertai 200 peserta termasuk pihak berkepentingan terlibat dalam pembangunan strategi, dasar, insentif, pentadbiran serta infrastruktur teknikal dan teknologi.

Simposium Bio-Tenaga itu dilihat sebagai platform kepada negara untuk memanfaatkan kelebihan teknologi dari Jerman dalam meningkatkan tenaga boleh diperbaharui melalui sesi dialog, persembahan dan bengkel.

Ujarnya, kerajaan sentiasa menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang bukan sahaja akan menjana lebih banyak tenaga hijau malah mencerminkan komitmen negara ke arah menangani pemanasan global dan perubahan iklim.

“Ini adalah selaras dengan sasaran kerajaan untuk mencapai penggunaan tenaga boleh diperbaharui sebanyak 11 peratus menjelang 2020 berbanding kurang satu peratus dijana negara buat masa ini.

“Kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM7 juta sebagai nilai pelaburan bagi tenaga boleh diperbaharui sejak ia diperkenalkan tahun 2011 dan 57 peratus daripada kuota 190 megawatt tenaga hijau tahun ini akan dijana oleh industri berkenaan.

Tambahnya lagi, sehingga kini, terdapat 3,511 permohonan untuk Tarif Galakan (FiT) termasuk biogas sebanyak 25, biojisim (30) mini hidro (35), solar individu (3,047), solar bukan individu (374).

Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Alam Sekitar, Tenaga dan Teknologi Hijau (EEGT), Thomas Brandit berkata, Malaysia merupakan sebuah negara perindustrian yang bergantung kepada bahan api fosil sehingga menyebabkan sumber tenaga semula jadi itu akhirnya akan berkurangan.

“Oleh itu, terdapat keperluan khas untuk meningkatkan tenaga yang boleh diperbaharui untuk pengganti sumber tenaga konvensional. Saya menjangka syarikat perladangan berskala besar akan menjadi sumber utama bekalan tenaga dalam tempoh 20 tahun akan datang,” jelasnya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas