Makluman:-
"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)
»
- Nasional »
- POKB bentuk pasukan sukarela pantau iklan GLC
Entri oleh: Unknown
Rabu, 13 November 2013
KOTA BHARU 10 Nov. – Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) akan membentuk satu pasukan sukarela daripada golongan profesional bagi memantau carta pengiklanan 35 syarikat milik kerajaan (GLC) terhadap akhbar-akhbar berbahasa Melayu dan akan menghantar laporan tersebut kepada Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa.
![]() |
Datuk Ahmad Maslan merasmikan Sambutan Maal Hijrah & Hari Tenaga Pengajar Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Malaysia di UPM, Bangi, baru-baru ini. |
Jelas beliau, POKB berharap semua GLC mematuhi arahan tersebut sebagai kesinambungan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang mahu syarikat-syarikat bumiputera di negara ini termasuk akhbar berbahasa Melayu diperkasakan.
“Saya pernah membuat teguran sebelum ini sehingga menimbulkan reaksi marah daripada beberapa GLC tetapi bagi saya itu tidak apa, malah POKB akan terus berjuang demi akhbar berbahasa Melayu terutama Utusan Malaysia yang selama ini berjuang untuk agama, bangsa dan negara.
“Pemimpin-pemimpin GLC perlu sedar mereka mempunyai jawatan atas pemerintahan kerajaan yang bertunjangkan UMNO dan UMNO bersama-sama Utusan Malaysia berjuang untuk negara, jadi di mana logiknya apabila sudah ada jawatan mereka pula lupa asal-usul perjuangan itu dan mengiklan kepada akhbar berbahasa Cina dan Inggeris,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melakukan kunjungan ke rumah Rosalina Ahmad, 64, seorang wanita yang baru bertemu dengan ibunya, Wong Yi Keaw, 79, selepas terpisah selama 63 tahun di Padang Bongor di sini hari ini.
Sheikh Ahmad Dusuki mengulas tindakan Ahmad yang menulis surat kepada sebahagian Pengerusi GLC selepas statistik menunjukkan hanya 3.7 peratus iklan milik GLC diberikan kepada akhbar Kumpulan Utusan.
Ahmad seperti dilaporkan berkata, beliau telah meminta para pengerusi GLC berkaitan melihat semula perkara tersebut memandangkan jumlah iklan itu terlalu kecil berbanding yang diterima oleh akhbar-akhbar lain.
Menurut Sheikh Ahmad Dusuki, POKB yang turut dianggotai ramai ahli perniagaan seperti Pengarah Urusan Mydin Holding, Datuk Amer Ali Mydin dan Pengasas Secret Recipe, Datuk Steven Sim akan sentiasa berjuang memastikan agihan ekonomi di negara ini dilakukan secara adil justeru syarikat-syarikat bumiputera perlu diberi keutamaan.
Sementara itu, mengulas kunjungan ke rumah Rosalina, katanya, POKB sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan di Kota Bharu turut berkongsi kegembiraan keluarga tersebut yang berjaya disatukan semula selepas sekian lama terpisah.
Katanya, sempena kunjungan tersebut, beliau turut menyampaikan hamper daripada Mydin Mall dan kek oleh Secret Recipe yang kedua-duanya merupakan sumbangan Amer Ali dan Steven Sim.