Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Nur Jazlan harus berhati-hati buat kenyataan

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Selasa, 12 November 2013

Datuk Nur Jazlan Mohamed
KUALA LUMPUR 9 Nov. – Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan kepada media terutama berkaitan dengan imej dan masa depan parti diwakili.

Pengerusi Pertubuhan Rakyat Perak Didahulukan (Nadi Perak), Faizal Effendi Hashim berkata, Nur Jazlan juga tidak sepatutnya memperlekehkan status Pengerusi Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah, Khairul Anuar Ramli.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Datuk Nur Jazlan, selaku seorang ahli politik dan Ahli Parlimen tidak sepatutnya memperlekehkan status Khairul Anuar yang dianggapnya tidak sama darjat dengan beliau. Kenyataan Nur Jazlan mempersoalkan taraf Khairul Anuar dalam masyarakat mempamerkan ego sebenar beliau.

Nur Jazlan tidak sepatutnya menganggap dirinya sama taraf dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila menyamakan kegagalannya dalam pemilihan UMNO baru-baru ini seperti dialami Dr. Mahathir ketika bertanding G7 pada tahun 2007 di Kubang Pasu, Kedah. Dr. Mahathir seorang pemimpin agung yang tiada bandingan dan perkara ini berbeza dengan Nur Jazlan.

Kita mendesak agar Lembaga Disiplin memberi kaunseling kepada Nur Jazlan supaya beliau faham pentingnya bagi seorang ketua bahagian UMNO untuk menjaga maruah dan imej baik parti di mata masyarakat. Kita tidak mahu sebab ‘nila setitik rosak susu satu belaga’. Nur Jazlan perlu meminta maaf secara terbuka kepada semua calon Majlis Tertinggi UMNO yang bertanding baru-baru ini.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas