Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Iklan GLC akhbar Utusan cuma 3.7%

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Selasa, 12 November 2013

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Hanya 3.7 peratus nilai iklan diberikan oleh 35 syarikat milik kerajaan (GLC) utama kepada akhbar Kumpulan Utusan.

Ahmad Maslan menyampaikan anugerah Khas Guru Utama 1435 Hijrah kepada Roslan Saffar (tengah) sambil diperhatikan oleh Pewaris Mutlak Silat Cekak, Syeikh Dr. Md. Radzi Hanafi (dua dari kiri) pada Majlis Sambutan Maal Hijrah dan Hari Tenaga Pengajar Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi di UPM, Serdang, semalam.
Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Maslan berkata, jumlah itu terlalu kecil berbanding yang diterima oleh akhbar-akhbar lain.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah menulis surat kepada sebahagian Pengerusi GLC terbabit bagi melihat semula perkara tersebut.

“Sekarang ini, hanya 3.7 peratus nilai keseluruhan iklan daripada 35 GLC utama diberikan kepada Utusan. Jumlah ini terlalu kecil.

“Kita bukan minta lebih 35 peratus, tetapi mereka kena melihat semula perkara ini dengan rasional dan berlaku adil kepada akhbar-akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia, kena seimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Maal Hijrah dan Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak Pusaka Hanafi anjuran Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Pusaka Hanafi) di sini hari ini.

Ahmad berkata, akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia selama ini banyak membantu kerajaan dalam memperjuangkan agenda bumiputera dan sewajarnya GLC menyokong akhbar itu sebagai menjayakan agenda Dasar Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Menurutnya, salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) kepemimpinan GLC adalah untuk memastikan pencapaian ekonomi bumiputera meningkat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan 5,000 usahawan baharu setahun.

“Sebagai syarikat yang diamanahkan untuk memperkasakan ekonomi bumiputera, seharusnya GLC menyokong sebarang usaha berkaitan perjuangan Melayu.

“Ini termasuklah membantu akhbar terbabit untuk terus bersama-sama kerajaan menjayakan agenda Dasar Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera,” katanya.

Ditanya mengenai saranan pelbagai pihak agar kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk memecat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GLC yang meminggirkan kepentingan Melayu, katanya, perkara itu masih di peringkat pertimbangan.

Terdahulu, Ahmad menyampaikan sijil pentauliahan kepada wakil penyelia kelas latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi di seluruh negara dan peringkat antarabangsa.

Roslan Saffar menerima Anugerah Khas Guru Utama Tahun 2013/1435 Hijrah sebagai pengiktirafan jasanya membantu perkembangan seni mempertahankan diri itu.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas