Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Memartabatkan undang-undang syariah

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Isnin, 18 November 2013

Datuk Farizan Darus
DALAM usaha memartabatkan undang-undang syariah di Malaysia, sebuah buku berjudul, Kompilasi Kertas Kerja Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil dilancarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), baru-baru ini.

Buku yang mengandungi 10 koleksi kertas kerja ini membincangkan pelbagai topik dalam perundangan syariah dan sivil yang mencakupi undang-undang pentadbiran agama Islam, undang-undang harta, muamalat, keluarga, jenayah, perundangan dan kehakiman syariah serta pendakwaan.

Karya berkenaan merupakan hasil gagasan idea dan kepakaran ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil serta tokoh-tokoh perundangan negara dalam mentransformasi dan memartabatkan undang-undang Islam di negara ini.

Antara kandungan yang menarik dalam buku ini adalah topik mengenai pertukaran agama yang ditulis oleh pakar undang-undang, Prof. Tan Sri Datuk Ahmad Mohamed Ibrahim selaku pengerusi pertama Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil.

Penerbitan tersebut dikeluarkan untuk membantu memperkayakan perbendaharaan ilmu khususnya dalam perundangan syariah selain ia bakal mencorakkan pemikiran serta meyakinkan umat Islam terhadap keunggulan syariat Islam selain secara tidak langsung dapat dijadikan bahan rujukan kepada masyarakat.

Buku itu dilancarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus bersempena Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil Kali ke-23 yang diadakan di Bayview Beach Hotel, Batu Feringgi, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Persidangan berlangsung selama tiga hari anjuran Jakim itu dihadiri oleh 70 peserta terdiri dalam kalangan ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, mufti-mufti, penasihat-penasihat undang-undang negeri, ketua-ketua hakim syarie negeri, Pengerusi/ Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-negeri.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha selaku pengerusi persidangan dan Penasihat Syariah Jabatan Peguam Negara merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Tan Sri Sheikh Ghazali Sheikh Abdul Rahman.

Objektif persidangan itu adalah mendapatkan pandangan negeri-negeri ke arah memperkemaskan dan memantapkan undang-undang Islam di Malaysia serta mendapatkan kata sepakat ke arah penyeragaman undang-undang di samping mengeratkan hubungan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Malah Jawatankuasa Teknikal berkenaan juga berperanan penting untuk membantu kerajaan melalui Jakim untuk menggubal modul undang-undang Islam bagi tujuan penyelarasan dan penyeragaman di seluruh negara.

Dalam persidangan kali ini membincangkan draf Rang Undang-Undang Hibah yang merupakan salah satu program tranformasi kerajaan dalam memperkenalkan undang-undang baru dan khusus bagi menyelesaikan masalah pengurusan harta hibah kepada masyarakat selain menegakkan kewibawaan mahkamah dalam pengurusan harta secara lebih teratur.

Hasil dan persetujuan daripada persidangan ini kemudiannya akan dikemukakan ke Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas