Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Karya agung Imam Nawawi

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 6 November 2013

IMAM Nawawi merupakan seorang tokoh ulama hadis yang disanjungi oleh umat Islam seluruh dunia sehingga berjaya memartabatkan syiar agama itu pada hari ini.

Beliau yang dilahirkan di kota Nawa iaitu sebuah bandar di Syria merupakan seorang yang amat warak dan zuhud selain menghabiskan kehidupannya dengan mengarang kitab.

Salah satu karya agung Imam Nawawi atau nama sebenarnya, Imam Hafiz Syeikhul Islam Muhyiddin Abu Zakaria adalah Riyadhus Shalihin yang bermaksud sebagai Taman-Taman Golongan Solihin.

Oleh demikian dalam menerangkan lebih lanjut karya agung itu, Telaga Biru Sdn. Bhd. menerbitkan sebuah buku bertajuk, Ringkasan Riyadhus Shalihin yang boleh dipasaran berhampiran anda.

Riyadhus Shalihin mengandungi ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih serta hasan merangkumi pelbagai hal-hal perundangan Islam termasuklah soal akidah.

Antara kandungan yang dikupas dalam Ringkasan Riyadhus Shalihin adalah mengenai akidah, solat, adab , pendidikan keluarga, penyucian jiwa dan sebagainya.

Setebal 513 muka surat itu, karya itu wajar dijadikan bacaan harian umat Islam dalam mendalami suruhan dan larangan Allah kepada setiap manusia.

Dengan harga RM50 orang ramai boleh mendapatkan karya itu di pasaran berhampiran anda atau menghubungi Telaga Biru selaku penerbit menerusi talian 03-6275 4070 untuk maklumat lanjut.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas