Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Agong rasmikan sambutan Maal Hijrah

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 6 November 2013

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dijangka berangkat merasmikan majlis perhimpunan sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1435 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Selasa ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataannya hari ini memberitahu, sambutan yang bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ itu bertujuan memperingati tahun baru Islam iaitu peristiwa besar penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.

Menurut kenyataan itu, Jakim menerima penyertaan sebanyak 4,500 orang mewakili 100 pasukan kontinjen yang melibatkan kakitangan jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan kakitangan swasta.

“Di peringkat negara pula akan diadakan Forum Perdana Khas Maal Hijrah di Masjid Negara pada 4 November ini yang menampilkan dua ahli panel iaitu Dr. Azhari Mohamed dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) dan Mohd. Zarifi Mohd. Daud dari Jakim,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, sambutan di peringkat agensi kerajaan akan melibatkan majlis bacaan Yasin dan doa selamat, ceramah, gotong-royong, pertandingan nasyid, Anugerah Tokoh Maal Hijrah serta lawatan ke perkampungan Orang Asli, hospital dan rumah anak yatim.

Majlis yang bermula pada pukul 9.30 pagi dan dijangka tamat pukul 11 pagi itu akan disiarkan secara langsung di RTM saluran TV1.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas