Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Ramai buta huruf al-Quran

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 6 November 2013

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Masalah buta huruf al-Quran di negara ini agak membimbangkan kerana masih ramai umat Islam lemah dari segi bacaan tajwid yang betul dan tidak menyebut huruf ‘hijai’yyah’ dengan lafaz makhraj yang tepat.

Pengarah Pusat Penyelidikan al-Quran Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff berkata, kajian oleh Imran Kamal Basah pada 2010 mendapati sebanyak 31.3 peratus jemaah masjid di Hulu Langat, Selangor lemah dalam bacaan surah al-Fatihah.

Selain itu, menurut beliau, kajian yang dijalankan Saidi Mohd. di Terengganu pada 2006 merumuskan sebanyak 38.1 peratus pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah di negeri tersebut mempunyai gred sangat lemah dalam tahap bacaan al-Quran.

“Penemuan-penemuan ini amat menggusarkan lebih-lebih lagi dalam senario ramai remaja kita ketagih menggunakan media sosial seperti Facebook sedangkan kita sepatutnya fokus kepada firman Allah SWT iaitu al-Quran.

“Sekiranya mereka sanggup menghabiskan masa selama berjam-jam melayari Facebook, kita mahu mereka juga melakukan perkara yang sama untuk mempelajari al-Quran,” katanya dalam sidang akhbar Seminar Memperkasakan Pengajian Ilmu al-Quran anjuran Insititut Pengajian al-Quran (IPAQ) dan Yayasan Semesta Berdaftar di Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam UM di sini hari ini.

Yang turut hadir, Profesor Ulung Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan dan Pengarah Urusan Minyak Mestika Marketing Sdn. Bhd., Jaafar Haron.

Pada seminar itu, Zulkifli membentangkan ceramah bertajuk Senario Semasa dan Strategi Pengembangan Pengajian Ilmu al-Quran.

Dalam perkembangan sama, Zulkifli memberitahu, teknik al-Jabari merupakan satu daripada kaedah yang boleh diamalkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran.

“Teknik berkenaan telah diperkenalkan di Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi Aziziah, Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya sejak 2011 dan bakal diperluaskan mulai awal tahun depan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Guru Kaedah al-Jabari Malaysia, Sharifah Mohd. Nor berkata, teknik al-Jabari berlandaskan kepada irama lagu dengan melakukan sedikit perubahan kepada susunan huruf-huruf ‘hijai’yyah’.

“Teknik ini membolehkan pelajar menguasai kemahiran membaca dan menulis al-Quran dalam tempoh 30 jam malah mudah diikuti oleh golongan mualaf yang belum pernah membaca al-Quran,” ujarnya.

Beliau membentangkan ceramah bertajuk Program Kaedah al-Jabari Sebagai Satu Solusi Kepada Masalah Buta Huruf al-Quran pada seminar tersebut.

Dalam pada itu, Pengasas Kaedah al-Jabari Indonesia, Drs. Yusuf Sodik memberitahu, idea tentang teknik al-Jabari timbul semasa beliau bertugas sebagai guru agama di sebuah sekolah rendah di Bandung, Indonesia.

“Pada masa itu, kami menghadapi kesulitan untuk mengajar al-Quran kepada murid-murid memandangkan masa yang diperuntukkan agak singkat,” jelasnya.

Menurut Yusuf, beliau seterusnya menyusun buku tentang kaedah membaca al-Quran yang dinamakan sebagai teknik al-Jabari bersempena dengan lokasi asalnya di Jawa Barat.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

{ 1 komen... teruskan membaca atau tambah komen }

  1. Yang cari ilmu pun banyak, tapi ustaz ceramah cari makan ramai sangat dari Guru AlQuran .... guru ajaran sesat lagi banyak... Kita dah kekurangan pendakwah sejati. Semua nak pakai BMW dan mercedes...

    BalasPadam

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas