Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Karpal didesak minta maaf

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Isnin, 18 November 2013

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Dewan Muslimat Pas hari ini mendesak Karpal Singh meminta maaf berhubung kenyataan beliau menyarankan pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas dibatalkan kerana merbahayakan negara.

Dalam kenyataan melalui laman sosial Facebook, dewan itu menegaskan, Karpal perlu memohon maaf atas dua perkara iaitu;

Pertama kerana mempunyai pendirian yang langsung tidak menghormati sensitiviti dan dasar perjuangan parti rakan dalam pakatan pembangkang iaitu Pas yang jelas meletakkan Islam sebagai dasar seperti terkandung dalam Perlembagaannya.

Kedua, kerana berbohong mengatakan beliau tidak pernah mengaitkan Pas dalam kenyataan yang dibuat.

”Dewan Muslimat menganggap ia adalah satu pelanggaran sikap pakatan yang sangat serius dan tidak selari dengan semangat saling menghormati dalam Pakatan Rakyat.

”Bahkan ia tidak sesuai ditonjolkan oleh mana-mana pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang sepatutnya sudah jauh lebih matang dalam memahami hasrat keseluruhan rakyat,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut sebagai reaksi kepada pendedahan Dewan Pemuda Pas Pusat, semalam yang mendakwa mereka mempunyai bukti Karpal berbohong dalam isu itu.

Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob mendedahkan, bukti tersebut terkandung dalam cakera padat rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang 5 November lalu.

Dalam kenyataannya juga, Dewan Muslimat Pas kesal dengan pendirian Karpal dan pembohongan yang beliau lakukan serta menganggap ia melunturkan kredibiliti beliau di mata rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang menyokong Pas.

”Dewan Muslimat mendesak agar Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat segera bersidang bagi menangani masalah ini sebelum tindakan lebih tegas diambil oleh pihak Dewan Muslimat bersama Dewan Pemuda,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd.Amar Nik Abdullah berkata, Karpal adalah seorang pemimpin yang mempunyai sikap tidak berhati-hati dan sudah banyak kali menyentuh sensitiviti Pas.

Sehubungan itu, beliau mahu Pengerusi DAP tersebut berhenti bersikap demikian.

Mohd. Amar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai Karpal tetapi dalam nada tegas menyatakan pandangannya mengenai pemimpin DAP itu sudah disiarkan akhbar ini pada 7 November lalu.

“Saya sudah komen dalam Utusan Malaysia hari itu dan disiarkan di muka depan. Itulah Karpal Singh, awak boleh baca jadi saya tidak mahu komen apa-apa lagi,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini hari ini.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas