Setelah melalui tempoh perpisahan yang bertahun lamanya, akhirnya pelakon Ashton Kutcher bakal berpisah dengan isterinya iaitu Demi Moore secara rasmi minggu hadapan.
Pastinya perkara ini adalah berita yang menggembirakan Kutcher kerana akhirnya ia dapat meneruskan hubungan cintanya dengan rakan pelakon Mila Kunis ke arah yang lebih serius.
Seperti dilaporkan oleh dailymail.co.uk, Kutcher bercadang untuk terus melamar wanita yang kini bertakhta di hatinya itu sejurus selepas kes perpisahannya dengan Moore selesai.
Ashton dan Mila sudah lama menjalin hubungan cinta. Namun ia tidak dapat pergi ke peringkat lebih serius kerana masalah yang dialami oleh Ashton.
Namun kini setelah ia selesai, ada kemungkinan pasangan itu akan mengumumkan pertunangan mereka dalam waktu terdekat ini,รข jelas satu sumber.
Kutcher dan Moore sebelum ini mengumumkan perpisahan mereka pada November 2011 namun mereka gagal mencapai persetujuan berhubung pemberian harta selepas perpisahan itu.