Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Hargai artis

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Isnin, 18 November 2013

PERSATUAN Karyawan Malaysia (Karyawan) bakal menganjurkan Malam Gala Warisan Seni pada 24 November ini bagi meraikan artis selain mengutip derma bagi mereka yang memerlukan bantuan.

Presiden Karyawan, Freddie Fernandez (tengah) bersama ahli jawatankuasa dan artis selepas mengadakan sidang akhbar Malam Gala Warisan Seni yang akan berlangsung 24 November ini di Kuala Lumpur.
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Freddie Fernandez berkata, majlis tersebut akan memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah berjasa kepada industri serta mengingatkan semua tentang peranan dan perjuangan seni mereka, bermula era 50-an sehingga sekarang.

Penasihat Sosio-Budaya kepada kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang juga penaung majlis dijangka hadir memeriahkan majlis.

Bakal dihoskan oleh Saiful Apek dan Musly P Ramlee, majlis itu juga akan mengumpulkan artis-artis pelbagai era untuk persembahan.

Antaranya Shamsudin Lamin, Mariam Ahmad, Aspalela Abdullah, Andre Goh, Julie Sudiro, Salih Yaacob, Helan Vellu, M Daud Kilau, Fredo, Datuk Yusni Hamid, Jay Jay dan Salwa Abdul Rahman.

“Kami juga amat berbesar hati sekiranya badan badan korporat menyumbang kepada kejayaan usaha ini dengan pembelian meja bernilai antara RM 2,000 hingga RM50,000 untuk menampung kos penganjuran serta bantuan yang bakal diberikan kepada artis veteran yang memerlukan.

“Untuk mendapat maklumat lebih lanjut sila hubungi Ahmad Abdullah (014-7176276 atau emel nurahamad@gmail.com). Bayaran boleh di buat dalam bentuk cek di atas nama Persatuan Karyawan Malaysia,” ujar Freddie.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas