Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Pengikut Tuhan Harun akan diburu – Polis

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Isnin, 18 November 2013

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Polis hari ini memberi kata dua kepada kepada baki 27 pengikut ajaran sesat Tuhan Harun supaya segera menyerah diri kerana waran tangkap terhadap mereka telah pun dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Kuantan, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sehubungan itu, kesemua mereka akan diburu dan ditangkap.

Beliau memberitahu, sehingga kini, daripada 31 nama pengikut ajaran sesat itu dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), hanya empat telah menyerah diri.

“Seramai 27 pengikut masih lagi enggan menyerah diri dan keadaan ini memaksa kita untuk memburu dan menangkap mereka menggunakan waran tangkap yang telah dikeluarkan,” katanya selepas menghadiri majlis Sunathon (berkhatan beramai-ramai) di Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan siasatan kes pembunuhan Mohd Raffli Abdul Malik yang mati ditembak di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang minggu lalu.

Mohd Raffli, 49, maut selepas terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh seorang daripada tiga suspek berjubah hitam dan berkopiah yang datang ke rumahnya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas