Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog GST atasi pasaran gelap

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Isnin, 18 November 2013

LABUAN 13 Nov. – Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan membantu mengurangkan aktiviti ‘pasaran gelap’ dalam negara, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Datuk Ahmad Maslan merasmikan pembukaan expo terbesar dan konvensyen Borneo Oil dan Gas di Ujana Kewangan Labuan, Sabah.
 Beliau berkata, aktiviti seumpama itu berada pada kadar 20-25 peratus sekarang berbanding beberapa negara maju pada 10-15 peratus.

“GST akan dapat membantu mengurangkan aktiviti itu yang wujud di banyak negara,” katanya di sini semalam.

Ketika ini, hampir kesemua negara di dunia sama ada berstatus maju atau membangun telah mengguna pakai sistem cukai tersebut.

Secara puratanya kadar cukai GST yang diamalkan di negara-negara lain melebihi 10 peratus.

Malaysia yang akan menguatkuasakan GST pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus, iaitu yang terendah daripada kalangan negara-negara ASEAN.

Ahmad berkata, langkah-langkah agresif untuk mempromosikan GST bermula dengan pembabitan semua jentera kerajaan yang relevan termasuk menggunakan laman web, media arus perdana dan media sosial.

Beliau berkata, pemimpin masyarakat di kawasan luar bandar juga telah mula memberi penerangan kepada rakyat dan mengedarkan risalah serta brosur.

Ahmad berkata, GST perlu dilaksanakan bersama-sama dengan 160 negara membangun dan maju lain.

“Kita lewat tujuh tahun,” katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas