Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Dagangan Malaysia-Indonesia AS$30b

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 28 November 2013

JAKARTA 25 Nov. – Malaysia yakin jumlah dagangan dua hala dengan negara jirannya, Indonesia dapat ditingkatkan kepada AS$30 bilion (RM64 bilion) menjelang tahun 2015.

Mustapa Mohamed mengadakan perbincangan dua hala bersama rakan sejawatannya, Gita Wirjawan (kiri) ketika mengadakan lawatan ke Indonesia di Jakarta, semalam.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, keyakinan untuk mencapai hasrat itu bertitik tolak kepada komitmen yang ditunjukkan oleh Malaysia dan Indonesia.

Sekalipun tempoh masa yang ada sangat singkat, namun Mustapa berkata, Malaysia dan Indonesia akan menggandakan usaha menarik penyertaan pihak swasta bagi menjayakan aspirasi kerajaan kedua- dua negara.

“Di pihak Malaysia, saya sendiri akan mengetuai satu seminar perdagangan dan pelaburan besar-besaran di Indonesia tahun depan bagi mempromosi Malaysia sebagai destinasi dagangan dan pelaburan.

“Pada umumnya, Malaysia lebih dikenali sebagai tempat mencari kerja bagi rakyat Indonesia tetapi tidak ramai yang tahu tentang pelaburan-pelaburan di Malaysia,” kata Mustapa kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Mustapa sebelum itu mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya, Gita Wirjawan.

Pada pertemuan itu, Mustapa dan Gita sepakat untuk mengukuhkan komitmen meningkatkan jumlah dagangan antara dua negara yang pada tahun lalu mencecah angka AS$20 bilion (RM64 bilion).

Sasaran jumlah dagangan bernilai AS$30 bilion dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada pertemuan kedua-dua pemimpin itu di Bali, Indonesia bulan lepas.

Mustapa berkata, bertepatan dengan peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada 2015, Malaysia juga akan meningkatkan komitmen dengan negara-negara anggota.

Pada tahun yang sama, Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) juga akan dicapai dalam kesatuan itu.

Justeru, ASEAN jelas Mustapa harus dilihat sebagai pasar ekonomi yang penting oleh seluruh dunia.

“Kerana itu Malaysia tidak hanya akan mempromosikan negara sebagai pusat pelaburan semata-mata tetapi juga mempromosikan ASEAN dalam konteks intra-ASEAN supaya kita tidak bergantung pada negara di luar rantau ini,” jelas beliau lagi.

Mustapa juga berkata, ASEAN merupakan sebuah rantau yang pesat berkembang dan memiliki potensi sangat besar yang perlu direbut oleh syarikat-syarikat Malaysia.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas