Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog BMMB-UDA bangun tanah wakaf

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Isnin, 18 November 2013

PETALING JAYA 12 Nov. – Bank Muamalat Malaysia Bhd. (BMMB) dan UDA Holdings Bhd. (UDA), akan membangunkan hartanah wakaf seluas 40.47 hektar dengan pembangunan kasar bernilai RM1 bilion.

Perjanjian menandatangani Bina Waqaf di antara UDA Holding dan Bank Muamalat di Hotel Hilton Petaling Jaya yang disaksikan oleh Datuk Ahmad Maslan.
 Pembangunan hartanah tersebut meliputi negeri Selangor, Kelantan, Sabah, Perlis, Perak, Johor dan Melaka.

Melalui kerjasama ini, BMMB Muamalat akan menawarkan pakej produk yang dikenali sebagai ‘ Bina Waqf’ dan menawarkan pembiayaan projek pembangunan tanah dan pembiayaan akhir, menakala UDA pula bertindak sebagai pemaju hartanah.

Pengarah Urusan Kumpulan UDA, Ahmad Abu Bakar berkata, pelaksanaan projek pembangunan di atas tanah wakaf adalah berlandaskan konsep Ijarah atau pajakan.

“Melalui konsep Ijarah ini, tanah yang dibangunkan masih kekal menjadi milik Majlis Agama Islam negeri dan hanya manfaat sahaja akan dipindah milik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman pembangunan hartanah wakaf antara BMMB dan UDA di sini hari ini.

BMMB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid, dan UDA pula oleh Ahmad.

Upacara itu turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan .

Sementara itu, Ahmad berkata, kejayaan UDA melaksanakan model pembangunan tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Pulau Pinang adalah batu loncatan dalam melaksanakan perkongsian pintar melalui perjanjian usahasama dengan Majlis Agama Islam di negeri-negeri lain.

“Pembangunan tanah wakaf ini dapat memberi nilai tambah serta menjana hasil pulangan yang optimum bagi manfaat dan perkembangan tanah wakaf tersebut,” katanya.

Selain itu, beliau menambah, UDA juga telah menerima surat tawaran pembangunan bagi tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Selangor.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas