Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Karyawan bantu artis veteran

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 13 November 2013

Datuk Freddie Fernandez
Persatuan Karyawan Malaysia bakal menganjurkan satu majlis makan amal bertujuan mengumpul dana tabung Persatuan dalam membantu penggiat seni veteran.
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez menjelaskan bahawa acara seumpama ini adalah untuk mengenang jasa penggiat seni seawal 50-an yang banyak menyumbang kepada industri seni negara.
Acara tersebut akan membariskan artis dari pelbagai era untuk mempersembahkan lagu yang pernah menjadi ikutan suatu ketika dahulu.
€œSetakat ini, nama seperti Aspalela, Fredo, Ibnor Riza serta Datuk M.Daud Kilau antara yang bakal menghiburkan penonton pada malam tersebut, jelas beliau ketika sidang media yang berlangsung di Hotel Istana, Kuala Lumpur.
Tambah Fernandez, acara yang bakal berlangsung pada 24 November tersebut turut berkonsepkan persembahan 1Malaysia.
Raja Kanto-Pop, Timmy Koong juga turut mengesahkan bakal beraksi ketika malam tersebut.
Konsep mengembalikan semula kenangan awal industri seni negara turut diterapkan, artis veteran yang telah lama menyepi akan diberi ruang untuk menghiburkan para hadirin,รข€ katanya.
Menyentuh tentang penglibatan artis moden dalam acara tersebut, Fernandez menjelaskan bahawa beliau turut mengharapkan penglibatan artis muda dalam menjayakan majlis tersebut.
Jasa para penyanyi veteran yang banyak memajukan industri harus dikenang.
Jika tiada yang lama, maka tiada juga yang baharu katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas