Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog TMM 2014 dijangka jana RM76b

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Selasa, 22 Oktober 2013

MELAKA 21 Okt. - Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) dijangka menghasilkan pendapatan sebanyak RM76 bilion (AS$23.4 bilion) dan mencatat rekod baharu kedatangan seramai 28 juta pelancong asing ke negara ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin Yassin memukul gendang perasmian bersama Idris Haron (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Zoltan Somogyi (kiri) dan Mohamed Nazri Abdul Aziz selepas majlis perasmian Persidangan Pelancongan Dunia 2013 di Banda Hilir, Melaka, semalam.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian keunikan budaya dan warisan etnik berbilang kaum yang hidup harmoni di negara ini akan menjadi tarikan utama pelancong asing sepanjang TMM 2014.

Justeru beliau menegaskan, TMM 2014 yang dijadikan misi nasional oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan semata-mata menganjurkan banyak acara di samping meningkatkan pemasaran dan promosi.

"Sebaliknya yang paling penting, kita selaku tuan rumah ialah setiap pihak yang terlibat dalam penganjuran TMM 2014 mereka ini perlu mengubah minda untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mesra pelancong.

"Kita mesti bersedia menawarkan layanan mesra pelancong agar mereka yang datang akan diterima dengan layanan yang baik kerana ini merupakan budaya masyarakat berbilang kaum dan etnik di negara ini.

"Sesuai dengan tema TMM 2014, Celebrating 1Malaysia, Truly Asia kita akan menonjolkan tarikan unik kerana Malaysia kaya dengan kebudayaan dan warisan yang boleh menjadi sasaran utama tarikan pelancong," katanya.

Beliau berucap merasmikan Persidangan Pelancongan Dunia 2013 di Banda Hilir di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan Pengarah Eksekutif Organisasi Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zoltan Somogyi.

Persidangan selama tiga hari itu adalah anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Organisasi Pelancongan Dunia PBB (UNWTO) dan kerajaan negeri Melaka.

Menurut Muhyiddin, seluruh agensi yang terlibat dalam industri pelancongan di negara ini perlu digerakkan bagi membuat persiapan rapi menyediakan produk pelancongan dan perkhidmatan terbaik kepada pelancong yang datang ke negara ini nanti.

"Usaha ini sekali gus boleh meletakkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan utama di minda setiap pelancong," ujarnya.

Secara tidak langsung kata Timbalan Perdana Menteri, industri pelancongan di negara ini akan mengalami lonjakkan yang tinggi kesan daripada penganjuran Tahun Melawat Malaysia sebelum ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan menyasar untuk melonjakkan pelancongan sebagai sektor utama melalui Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia (MTTP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Justeru katanya, agen-agen perubahan dalam industri pelancongan di negara ini perlu membangunkan produk-produk inovatif dan perkhidmatan bagi memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pelancongan utama dunia.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas