Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Syarikat Malaysia dipelawa melabur di Pekanbaru

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 31 Oktober 2013

PEKANBARU, RIAU (Indonesia) 28 Okt. – Kerjasama baik yang terjalin antara Malaysia dan Pekanbaru sejak sekian lama bukan sahaja mengeratkan hubungan serumpun, malah mampu mewujudkan pelbagai peluang ekonomi bagi kedua-dua negara.

Sehubungan itu, rakyat kedua- dua negara terutamanya negara ini digalakkan untuk merebut peluang perniagaan dan pelaburan yang ada terutama dalam sektor pelancongan, perkhidmatan, industri hiliran kelapa sawit serta minyak dan gas.

Konsul Malaysia di Pekanbaru, Azizan Ismail berkata, jika selama ini perniagaan yang dibuat oleh rakyat Malaysia di sini adalah lebih tertumpu kepada sektor peruncitan barangan, kini mereka boleh mencari peluang yang belum diceburi.

Sebagai contoh, katanya, Pekanbaru kaya dengan hasil minyak dan gas serta kelapa sawit, sekali gus industri hiliran berasaskan bahan tersebut seperti membuat marjerin dan sabun boleh diterokai pelabur Malaysia.

“Selain itu, jika ada pelabur dari Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam teknologi hijau juga mempunyai potensi pelaburan atau mereka yang berminat untuk membuka restoran masakan Melayu Malaysia yang tiada di sini.

“Jadi, para pelabur, ahli perniagaan serta mana-mana pihak yang berminat perlu merebut peluang ini,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Kelab Media Johor (KMJ) di Konsulat Malaysia Jalan Jenderal Sudirman, di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Komersial FlyFirefly Sdn. Bhd., Azman Ahmad; Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Johor), Edzuar Zar Ayob Azari dan Penolong Pengarah Pelancongan Johor, Amirul Asyraf Ibrahim.

Seramai 34 peserta terdiri daripada ahli KMJ, Jabatan Pelancongan negeri, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia serta wakil agensi pelancongan mengikuti lawatan ke Pekanbaru yang ditaja syarikat penerbangan komuniti Firefly.

Mengulas lanjut, Azizan berkata, dengan laluan penerbangan baharu yang diperkenalkan Firefly iaitu Johor Bahru-Pekanbaru, selain laluan sedia ada dari Subang diyakini mampu merancakkan lagi hubungan kedua-dua pihak termasuk ekonomi.

“Sebagai contoh, Johor Bahru kini mula diperkatakan ekoran pelbagai tawaran tempat pelancongan seperti Legoland Malaysia serta perubatan pelancongan yang dilihat mampu menarik orang di sini untuk ke sana dan sebaliknya.

“Seramai 7,000 rakyat di sini ke Melaka dalam sebulan bagi mendapatkan rawatan perubatan dan perjalanan itu mengambil masa kerana menggunakan feri, tetapi dengan laluan baharu ini kita yakin dapat menggalakkan lagi sektor terbabit,” katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas