Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Subsidi besar rumah mampu milik

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 2 Oktober 2013

KOTA KINABALU 1 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memberi subsidi besar antara RM58,000 dan RM88,000 bagi setiap unit rumah mampu milik yang dibina untuk rakyat berpendapatan rendah di negara ini.

Program Perumahan RM80 juta Kepayan Ridge Rakyat (PPR) akan dibina di atas 6,437 ekar tanah yang terletak bersebelahan dengan Taman Austral di Kota Kinabalu.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, jumlah itu lebih tinggi bagi kawasan-kawasan strategik yang terletak di kawasan bandar dan membangun.

Katanya, hartanah merupakan antara isu paling kritikal pada masa ini memandangkan nilainya semakin melambung tinggi hingga menjejaskan golongan sasar memiliki rumah selesa pada harga berpatutan.

"Kerajaan menyedari masalah ini tetapi tidak pernah berpeluk tubuh, sebaliknya merangka pelbagai kaedah dan menanganinya dengan bijaksana bagi menyerap situasi ini," katanya dalam ucapan sempena majlis pecah tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) Kepayan Ridge, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Walau bagaimanapun, jelas Muhyiddin, usaha kerajaan itu kurang berkesan sekiranya kerajaan negeri tidak memberi kerjasama erat melancarkan segala perancangan termasuk menyediakan tapak-tapak tanah yang bersesuaian dan berdaya saing bagi pembinaan PPR.

"Usaha ini memerlukan komitmen besar semua pihak, tapak bersesuaian daripada kerajaan negeri amat penting kerana secara tidak langsung akan menjimatkan kos yang terpaksa dikeluarkan semata-mata untuk membayar kos pembelian atau pampasan tanah, tidak termasuk lagi bantuan subsidi," katanya.

Sementara itu, dalam sidang akhbar selepas majlis itu, Muhyiddin yang ditanya mengenai krisis dalaman yang melanda parti berasaskan kaum Cina seperti LDP di Sabah, SUPP di Sarawak dan MCA di Semenanjung berkata, pihaknya telah mengarahkan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menangani perkara tersebut.

"Kita mahu mencari jalan penyelesaian terbaik, walaupun campur tangan bukan amalan parti tetapi langkah itu perlu dilakukan kerana krisis dalaman bukan sahaja menjejaskan parti terbabit tetapi parti komponen secara keseluruhannya.

"Sekiranya dibiarkan berlarutan, dibimbangi akan turut menimbulkan persepsi tidak baik rakyat terhadap parti," katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas