Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog FGV belanja RM1.2 bilion

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 2 Oktober 2013

Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad
KUALA LUMPUR 1 Okt. - Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) telah berjaya mengambil alih 100 peratus ekuiti di dalam Pontian United Plantations Bhd. (Pontian) membabitkan nilai sebanyak RM1.2 bilion.

Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, pengambilalihan itu dilihat akan memperkukuhkan lagi kedudukan syarikat di dalam sektor perladangan khususnya perniagaan minyak sawit.

“Perkembangan terbaharu itu bakal meningkatkan aset ladang yang telah diteroka FGV, selain memberi kesan positif kepada prestasi kewangan syarikat dan membawa faedah kepada semua peneroka Felda,’’ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi Bursa Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Mohd. Emir Mavani Abdullah berkata, pembelian Pontian merupakan strategi FGV untuk meningkatkan aset tanahnya demi mengekalkan saingan mereka di dalam sektor perniagaan tani global.

Tanah perladangan milik Pontian yang telah diusahakan sepenuhnya terletak di Kinabatangan dan Lahad Datu, Sabah.

Kedudukan ladangnya itu berhampiran dengan estet Felda Sahabat di Lahad Datu, membolehkan kesemua ladang itu disatukan untuk meningkatkan kecekapan operasi, jelas Mohd. Emir Mavani.

Selain itu, katanya, Pontian turut memiliki tanah perladangan di Ku kup, Johor yang berdekatan dengan Jambatan Perhubungan Kedua Tuas antara Johor dan Singapura.

“Pengambilalihan ini akan meningkatkan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) FGV kira-kira 80,000 tan metrik setahun. FGV merupakan pengeluar MSM terbesar di dunia dengan pengeluaran 3.3 juta tan metrik pada 2012.

“Dengan kemasukan aset Pontian, syarikat akan mendapat faedah melalui gabungan beberapa ladang tambahan," kata Mohd. Emir dalam kenyataan itu.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas