Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Pembangkang diselar campuri tarikh PRK

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 2 Oktober 2013

Datuk Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR 1 Okt. - Pembangkang diingatkan supaya tidak ‘bermain’ dengan isu penetapan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti.

Perkara itu ditegaskan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan yang turut menempelak tindakan pembangkang tersebut yang dilihat cuba mencampuri urusan penetapan tarikh PRK berkenaan.

Malah katanya, pembangkang tidak perlu risau jika pilihan raya kecil berkenaan diadakan selepas pembentangan Bajet 2014 kerana kerajaan tidak akan menggunakannya sebagai ‘alat’ menarik pengundi.

“Kita tidak tahu bila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan meninggal dunia dan kebetulan PRK berlaku dalam tempoh yang terdekat dengan (pembentangan) Bajet 2014," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar semalam yang mendesak PRK itu diadakan sebelum Bajet 2014 bagi mengelakkan sebarang pengumuman, khususnya berkaitan pemberian tunai digunakan sebagai modal berkempen.

DUN Sungai Limau kosong apabila penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak dari Pas meninggal dunia pada 26 September lalu di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Tambah Ahmad, berhubung perjalanan PRK, Mahfuz seharusnya mengadakan pertemuan dengan SPR dan membentangkan cadangan beliau.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas