Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Pemilihan UMNO: Calon usah bertelagah - Ahmad Maslan

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 2 Oktober 2013

Datuk Ahmad Maslan
KUANTAN 29 Sept. - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pemilihan Umno bulan depan perlu berlandaskan prinsip kekeluargaan dan semua calon perlu meletak kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.

Beliau berkata, semua calon yang bertanding jangan sesekali menyalahgunakan kuasa, mengamal politik wang atau menyerang secara peribadi dalam usaha mendapatkan mana-mana jawatan pada pemilihan Umno kali ini.

"Ini adalah pertandingan keluarga, bukannya kita bertanding dengan pembangkang, janganlah sampai memburuk-burukkan orang lain, guna politik wang atau kuasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki AJK UMNO bahagian Paya Besar, Mohd. Bakri Abdul Majid di Kompleks Dagangan Mahkota, Indera Mahkota dekat sini hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan itu juga berkata, rakyat ingin melihat UMNO sebagai sebuah parti yang kuat dengan barisan kepimpinan terbaik.

"Kepada pemilih, pilihlah calon yang terbaik, calon yang terbaik akan jadikan parti kita parti yang terbaik, parti yang terbaik yang mempunyai kepimpinan yang terbaik akan menjadi pilihan rakyat," katanya.

Anak Mohd Bakri iaitu Mohamad Afiq, 23, seorang jurutera, melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Afiqah Yahya, 23 tahun.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas