Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Penjawat awam perlu kreatif tangani cabaran dunia - Muhyiddin

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 2 Oktober 2013

Tan Sri Muhyiddin Yassin
PUTRAJAYA 1 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penjawat awam mesti berani mencari penyelesaian yang strategik dan kreatif dalam mendepani cabaran melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada negara.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, cabaran utama kepada penjawat awam hari ini ialah meningkatkan produktiviti dan kapasiti dengan menggunakan sumber terhad sama ada dari segi peruntukan kewangan dan sumber manusia.

Beliau berkata, saranan itu sejajar dengan matlamat kerajaan yang mahu membudayakan elemen kreativiti dan inovasi dalam kalangan penjawat awam bagi memastikan kecemerlangan jentera perkhidmatan awam dapat diteruskan dan dipertingkatkan.

"Kita perlu bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai dan mengubah tanggapan 'bekerja seperti biasa' kerana pendekatan itu akan menyebabkan negara terus ketinggalan dalam kemajuan dunia hari ini.

"Budaya kerja secara sendirian, cemburu dengan jabatan lain dan terlalu melindungi perlulah dielakkan. Semua jentera pentadbiran awam perlu saling bekerjasama bagi mengurangkan birokrasi serta berganding bahu menyelesaikan secara strategik dan efektif," katanya pada majlis Anugerah Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2013 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Selain itu, beliau turut melancarkan buku Menelusuri 100 tahun Institusi Ketua Setiausaha Negara.

Terdahulu, Ali berkata, mulai tahun ini Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan memperkenalkan satu kategori anugerah baharu iaitu Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) bertujuan memberi pengiktirafan kepada individu yang mempunyai rekod kecemerlangan luar biasa dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

"Pingat ini dizahirkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui Status Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan boleh dipakai oleh pegawai semasa menghadiri majlis rasmi,'' katanya.

Sementara itu penerima PPC, Pegawai Pembangunan Masyarakat, L. Gandesan berkata, anugerah itu menjadi pencetus semangat kepadanya untuk terus berkhidmat dengan lebih baik.

"Saya rasa bertuah kerana menjadi antara penjawat pertama terpilih menerima PPC," katanya.

Juruaudit Jabatan Akauntan Negara, Dr. Mariah Ahmad yang turut menerima anugerah itu berkata, PPC merupakan usaha kerajaan untuk membentuk warga penjawat awam yang lebih kreatif dan inovasi pada masa depan.

Bagi Penolong Pegawai Perpustakaan, Laili Cheong Abdullah, PPC akan merancakkan lagi persaingan sihat dalam kalangan penjawat awam memandangkan anugerah itu merupakan kategori terbaharu dalam menghargai sumbangan dan kecemerlangan para penjawat awam setiap tahun.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas