Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Malaysia mampu capai status negara maju 2018

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 2 Oktober 2013

KOTA KINABALU 1 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pakar-pakar ekonomi meramalkan Malaysia mampu mencapai status negara maju lebih awal daripada sasaran iaitu pada tahun 2018.
Muhyiddin Yassin (lima dari kiri) ditemani Musa Aman (lima dari kanan) dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Mohd. Harun Abdullah (tengah) bergambar bersama pelajar-pelajar sambil menunjukkan isyarat 1Malaysia dalam Majlis Mesra Siswa-Siswi Bersama Timbalan Perdana Menteri di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, semalam.
Beliau berkata, sasaran itu berdasarkan kemajuan memberangsangkan dikecapi negara ketika ini dan proses transformasi pelbagai sektor yang dilakukan.

Katanya, selain kadar kemiskinan negara mencatat pengurangan daripada 49 peratus pada 1957 kepada 1.7 peratus tahun lalu, pendapatan isi rumah purata juga mencatat peningkatan sebanyak 49 peratus daripada sekitar RM700 pada 1957 kepada RM31,904 (2012).

Beliau berkata, pencapaian tujuh bidang yang ditetapkan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) juga memperlihatkan kemajuan dan berlaku peningkatan.

"Malah, kadar inflasi negara juga masih berada pada kadar rendah iaitu 2.5 peratus atau kurang dan kadar pengangguran sekitar tiga peratus. Ini membolehkan Malaysia mampu menjadi negara maju pada 2018," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra Siswa-siswi Bersama Timbalan Perdana Menteri di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, nilai urus niaga yang dilakukan oleh negara juga mencatat kadar tertinggi berjumlah RM1.46 trilion baru-baru ini, selain berada di kedudukan ke-12 daripada beratus negara bagi kemudahan urusan perniagaan di peringkat global.

Tambah beliau, kajian yang dilakukan oleh sebuah badan bebas juga mendapati Malaysia berada di tangga ke-10 bagi indeks kepercayaan pada tahun lalu, berbanding tangga ke-21 (2010).

Selain itu katanya, daya saing negara juga mencatat pencapaian baik apabila berada di tempat ke-14 pada tahun lalu berbanding tangga ke-16 (2011).

"Pencapaian baik itu juga berjaya mengatasi negara-negara maju yang lain seperti Australia dan Jepun. Ini satu pencapaian yang membanggakan kepada kita sebagai rakyat Malaysia," kata beliau.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas