Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Merencana manfaat rakyat menerusi APEC

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Selasa, 8 Oktober 2013

Dato' Sri najib Tun Razak
SEMENJAK beberapa tahun lalu, sudah menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia yang hendak mengadakan majlis perkahwinan sanggup terbang sehingga ke Jakarta, Indonesia untuk menempah kad kahwin. Alasannya kos menempah kad di Jakarta sangat murah.

Di Malaysia pula, ramai dalam kalangan kita yang seronok berbelanja di Nilai 3 kerana pilihan kain yang pelbagai dan berkualiti dengan harga yang juga murah.

Sebagai pengguna, kita seronok berbelanja pada harga murah untuk nilai barangan yang sebelum ini sama kualitinya bahkan lebih banyak pilihan daripada sebelumnya. Yang kita tidak sedar, semua ini adalah manfaat yang diperolehi hasil pasaran bebas dan terbuka.

Keterbukaan perdagangan dan ekonomi yang sedang dinikmati oleh Malaysia bersama negara-negara serantau sebetulnya merupakan faedah yang dicapai daripada permuafakatan dalam gagasan rantau dan antarabangsa seperti ASEAN dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Kepada sebilangan besar daripada kita, apa keperluan memberi tumpuan pada APEC kerana ia merupakan sebuah persidangan yang membosankan, tidak glamor dan terlalu serius.

Namun kepada ketua-ketua kerajaan, menteri-menteri perdagangan, pakar-pakar ekonomi dan usahawan, mereka tidak pernah putus memerah otak memikirkan apakah mekanisme baru yang boleh diperkenalkan bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi.

Sebelum sidang APEC bermula, golongan inilah yang tidak henti-henti mengadakan mesyuarat, taklimat dan berhempas pulas bekerja keras untuk memastikan setiap keputusan yang dicapai dalam sidang yang disertai oleh 21 negara di rantau Asia Pasifik memberi manfaat yang besar kepada rakyat.

Sejak diasaskan pada 1989, APEC kini diiktiraf oleh masyarakat dunia sebagai sebuah kesatuan yang sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di negara-negara anggota sebagai keutamaan.

APEC tidak hanya sekadar platform untuk ketua-ketua negara rantau itu berkumpul setahun sekali bertemu dan bertanya khabar. Sebaliknya, APEC sudah memainkan peranan yang cukup besar merangkumi usaha memperkasakan pertumbuhan ekonomi melalui promosi perdagangan dan pelaburan asing.

Siri mesyuarat APEC yang sudah memasuki tahun ke-21 mencapai banyak kemajuan termasuk persepakatan mencapai Matlamat Bogor (Bogor Goals) dan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP) yang menjadi aspirasi sidang antarabangsa itu.

Dalam hal ini, Malaysia dilihat sebagai antara pemain utama APEC kerana negara berpendapat proses pertumbuhan ekonomi domestik dan antarabangsa harus bermula dengan penyatuan dan kerjasama ekonomi dengan negara-negara asing.

Matlamat Bogor adalah untuk mewujudkan perdagangan dan pelaburan bebas dan terbuka di rantau Asia Pasifik serta mencapai pertumbuhan secara seimbang di samping mempromosikan hubungan fizikal dan sosial.

“FTAAP adalah pendekatan yang membantu mengukuhkan ekonomi sesebuah negara. Kita tidak boleh lagi terikat dengan pendekatan menutup pintu ekonomi kepada negara luar.

“Sebaliknya, dalam kepesatan dunia hari ini, kita harus galakkan pelabur-pelabur asing masuk ke Malaysia dan rakyat Malaysia juga harus keluar mencari peluang perniagaan. Inilah yang ditekankan dalam FTAAP," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika menjelaskan kepentingan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara negara anggota dalam konteks penubuhan APEC .

APEC dianggotai oleh 21 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, Brunei, Filipina, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Taiwan, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Korea Selatan, Rusia, Peru, Amerika Syarikat, Jepun dan Australia.

Ketika ini, APEC ke-21 dengan tema Asia-Pasifik Yang Berdaya Tahan, Enjin Pertumbuhan Global sedang berlangsung di Nusa Dua, Bali. Delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ini diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Mustapa, negara anggota APEC perlu mengenal pasti cabaran serantau yang dihadapi khususnya oleh negara-negara membangun kesan daripada persekitaran ekonomi semasa dan menghantar mesej jelas bahawa rantau ini sudah bersedia melaksanakan perubahan melalui strategi baru agar mampu terus menjadi enjin pertumbuhan global.

Sementara kita memberi tumpuan kepada kemajuan perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP), beliau mengingatkan bahawa forum yang lain seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang melibatkan 10 negara ASEAN dengan enam rakan dialog termasuk China juga tidak boleh diketepikan kepentingannya.

Rasionalnya secara ekonomi adalah jelas iaitu manfaat daripada FTAAP jauh lebih besar. TPP yang menawarkan pasaran lebih kurang AS$223 bilion (RM709 trilion) dan RCEP AS$644 bilion (RM2 juta trilion) sedangkan FTAAP menyediakan kawasan perdagangan bebas antarabangsa berjumlah AS$1.9 trilion.

Matlamat utama penubuhan APEC adalah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran secara mapan dalam kalangan negara anggotanya.

Justeru dalam hal ini, APEC perlu bijak merencana sistem perdagangan dan pelaburan berteraskan tuntutan dalam negara anggota tanpa memesongkan matlamat asalnya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas