Nama Norhilman Bin Mohd Noor bukan asing lagi pada pengiat-pengiat sukan tanahair terutamnya dalam sukan sepaktakraw di Malaysia. Diberi amanah pada usia yang muda sebagai Naib Presiden Sepaktakraw Negeri Kedah dan mewakili persatuan ini sebagai Ahli Majlis Persatuan Sepaktakraw Malaysia.
Sikap beliau yang peramah dan mudah mesra telah membuatkan beliau senang didekati oleh semua lapisan golongan termasuk pemimpin parti dan menteri-menteri serta pegawai-pegawai di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan agensi dibawah KBS seperti Majlis Sukan Negara (MSN) dan Insititut Sukan Negara (ISN).
Norhilman bertugas sebagai Pengurus di sebuah syarikat yang diberi nama Gajah Emas Industries Sdn. Bhd. yang merupakan kilang tunggal yang dimiliki 100% oleh bumiputera di Malaysia dimana syarikat tersebut mengilangkan bola untuk sukan sepaktakraw. Beliau memainkan peranan yang penting dalam syarikat ini dengan memastikan setiap penajaan yang diberikan dan digunakan dengan sebaiknya dan akan terus melancarkan lagi penajaan syarikat ini dengan Kementerian Pelajaran melaui MSSM (Sepaktakraw) untuk diguna pakai oleh semua peringkat sekolah di setiap pelusuk negara.
 |
Norhilman Bin Mohd Noor |
Pada tahun 2010 beliau telah terpilih untuk mengikuti program dibawah KBS iaitu Makmal Industri Sukan dan bertindak sebagai peserta dan juga sebagai pencetus ideal untuk memajukkan sukan sepaktakraw dan sukan-sukan lain di Malaysia. Program ini telah diadakan selama 6 minggu oleh Majlis Sukan Negara di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil.
Beliau juga sering dijemput dalam temubual sukan sepaktakraw di rancangan Scoreboard TV3 secara langsung tayangannya. Selain itu juga beliau amat dikenali kerana sering bersama-sama membantu badan kerajaan dan NGO bagi penganjuran sesuatu kejohanan sepaktakraw sama ada di peringkat daerah mahu pun kebangsaan (Nasional).
Justeru penglibatan beliau diarena politik juga memainkan peranan yang penting. Ini kerana selama penglibatan beliau sebagai Pergerakan Pemuda Umno terutama untuk pembangunan sukan, beliau bergerak secara bersendiri dan tanpa berjawatan walau di peringkat bahagian mahupun di peringkat kebangsaan.
Pada pemilihan yang lepas beliau telah menyatakan hasrat untuk aktif secara langsung dengan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan menawarkan diri sebagai calon Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dengan membawa slogan 'Sukan Untuk Pemuda'. Walau bagaimanapun beliau gagal dalam pertandingan tersebut untuk membuktikan kebolehan dan kesungguhan beliau kepada para pewakilan diperingkat cawangan mahupun bahagian di beberapa negeri dalam beliau membawa wadah sukan bagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia baru-baru ini.

Walau pun begitu beliau tetap cekal dengan menyatakan hasratnya untuk membantu Pergerakan Pemuda Umno Malaysia bagi membawa misi sukan dalam pergerakan tersebut. Ini kerana beliau telah menyatakan hasrat untuk membantu jentera Barisan Nasional terutama bagi sayap Pemuda Umno bagi pilihanraya kecil Sg. Limau (PRK Sg. Limau) untuk membawa sukan sepaktakraw@sepak raga bagi menarik minat pengundi-pengundi muda disana untuk menyokong calon BN yang akan dipilih nanti. Selain daripada memegang jawatan dalam persatuan sukan sepaktakraw, beliau telah diberi amanah sebagai Naib Presiden Persatuan Futvoli Malaysia yang merupakan sukan baru di Malaysia dan beliau juga adalah salah seorang yang telah terpilih sebagai Ahli Majlis Persatuan Futvoli di peringkat Asian.
Pada pendapat penulis, gerak kerja atau porfolio yang disandang hari ini oleh calon exco Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia iaitu Norhilman Bin Mohd Noor (No. Calon: 49) ini harus diberikan perhatian yang sewajarnya oleh ketua pemuda dan juga naib ketua pemuda dan peringkat tertinggi parti. Ini kerana kita semua tahu akan permasaalahan yang giat melanda akan belia dan juga pemuda saban hari ini dengan pelbagai permasaalahan yang lain termasuk perihal dengan permasaalahan sosial dimana ianya mudah untuk menjerumus golongan tersebut ke kancah gejala negatif.