Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Menjawab serangan musuh Islam

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Selasa, 22 Oktober 2013

PADA zaman kini budaya kekeliruan pemikiran dan kecelaruan akidah sudah menjadi parah dan berleluasa lalu mendatangkan kesan negatif kepada umat Islam.

Ekoran daripada dakyah itu telah menyebabkan umat Islam kini berani mempermainkan ajaran agamanya sendiri termasuk mempertikaikan kandungan di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Hal demikian tidak termasuk lagi dengan tindakan umat Islam yang menyokong secara terang-terangan dengan kenyataan menghina agama mereka selain mengherdik pihak menentangnya.

Maka dengan sebab itu, perlu ada dalam kalangan umat Islam agar sentiasa memperingatkan antara satu sama lain, memperbetulkan salah faham dan menjawab tohmahan demi mempertahankan kesucian agama.

Oleh demikian, sebuah buku berjudul Kenapa Islam? Suatu Sanggahan Terhadap Pluralisme Agama terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dilihat tepat pada masanya dalam mendepani cabaran itu.

Buku ini merupakan tulisan ulama terkenal ketika legasi Khalifah Uthmaniyah, Sheikh Yusof Ismail al-Nabhani dilihat tepat masanya dalam menjawab serangan yang dilakukan musuh Islam.

Dalam buku setebal 78 muka surat yang diterjemahkan oleh Pengarah Pusat Kajian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar IKIM, Dr. Mohd. Zaidi Ismail, mengetengahkan hujah-hujah sebagai senjata ilmu dalam mematahkan dakwaan golongan liberalisme.

Kandungan karya tokoh ulama sarat dengan pengisian ilmiah selain padat dengan dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah wajar dijadikan panduan oleh umat Islam, khususnya kepada golongan muda.

Orang ramai boleh menghubungi IKIM selaku penerbit menerusi nombor talian 03-6207 6250 bagi mendapatkan Kenapa Islam? Suatu Sanggahan Terhadap Pluralisme Agama atau apa-apa pertanyaan mengenai karya berkenaan.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas