Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Kembara Amal Bikers 2013 mantap

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Selasa, 22 Oktober 2013

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Dakwah telah menganjurkan Program Kembara Amal Bikers 2013 yang julung kalinya diadakan pada 4 hingga 6 Oktober lalu dengan disertai seramai 80 orang yang terdiri daripada ahli Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300KMj, TM Bikers dan Kawasaki Malaysia (M) Sdn. Bhd.

Program ini turut dijayakan dengan kerjasama daripada Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Telekom Malaysia Berhad (TM), Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) Gambang dan beberapa agensi lain.

Objektif program ini adalah sebagai wadah interaksi dan perkongsian pintar antara NGO Islam dan Jakim dalam menyebarkan dakwah yang lebih bersepadu dan menyeluruh serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Pergerakan konvoi ini bermula dari Masjid Wilayah, Kuala Lumpur ke Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (Iltim), Besut melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dengan diiringi oleh pasukan pengiring dari PDRM.

Majlis perlepasan konvoi telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jakim merangkap Penaung Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300KMj, Datuk Razali Shahabudin.

Konvoi telah singgah di Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) Gambang untuk mengadakan sesi ziarah dan beramah mesra serta menyampaikan sumbangan kepada 40 orang anak-anak yatim dan 60 orang para pelatih CCRC.

Sumbangan telah disampaikan oleh Razali sebelum meneruskan perjalanan ke Iltim, Besut.

Sepanjang berada di Iltim para peserta telah didedahkan dengan slot-slot ilmiah dan aktiviti yang santai seperti sesi Ice Breaking, Qiamullail, Kursus Pengurusan dan Solat Jenazah, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), ceramah serta acara sukaneka. Majlis perasmian penutupan Razali Shahabudin. Secara keseluruhannya, para peserta telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang baik sepanjang program ini berlangsung.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas