Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Gencatan senjata dilanggar

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Ahad, 27 Oktober 2013

BANDAR GAZA 25 Okt. – Rejim Zionis didakwa berterusan melanggar perjanjian gencatan senjata yang ditandatangani bersama Hamas November lalu. Isnin lalu, aktivis mendakwa beberapa kenderaan tentera, termasuk lima jentolak, dilihat memasuki sempadan dan memusnahkan kawasan pertanian penduduk di timur Genting Gaza.

Jurucakap tentera memberitahu tindakan itu kononnya diambil untuk menghapuskan bahan letupan yang ditemui di kawasan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Presiden Palestin Mahmoud Abbas turut memberi amaran kepada Israel.

“Jika rundingan damai pada kali ini gagal, Palestin tidak sepatutnya dipersalahkan dalam hal tersebut kerana ia berpunca daripada kedegilan Israel,” jelasnya pada laporan PIC.

Akhbar Israel, Maariv melaporkan proses rundingan damai itu hampir tidak berjaya, bulan lalu selepas kedua-dua pihak gagal mencapai kata putus berhubung kawalan tentera di sempadan timur Timur Barat dan Jordan.

Difahamkan, rejim Zionis berterusan mempertahan keangkuhan mereka kerana mahu mengekalkan kedudukan tenteranya di Lembah Jordan.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas