Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog AS intip panggilan telefon pemimpin dunia

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Ahad, 27 Oktober 2013

BRUSSELS 26 Okt. – Dokumen terbaru didedahkan pembocor program perisikan Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden mendakwa Washington memantau panggilan telefon 35 pemimpin di seluruh dunia.

Akhbar The Guardian melaporkan, program pengintipan itu dilakukan Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) adalah hasil ‘kerjasama’ dengan pegawai di Rumah Putih, Jabatan Pentadbiran dan Jabatan Pertahanan AS.

Difahamkan, sebanyak 200 nombor telefon termasuk 35 milik pemimpin dunia dipantau di bawah program kontroversi tersebut.

Susulan pendedahan tersebut, Jerman dan Perancis bertindak menggesa Washington supaya bersetuju dengan peraturan berhubung pengintipan selepas Canselor Jerman, Angela Merkel turut menjadi mangsa perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Presiden Kesatuan Eropah (EU), Herman Van Rompuy berkata, Perancis dan Jerman mahu mengadakan rundingan dua hala bersama AS untuk membincangkan tentang perkara itu dalam masa terdekat.

“Pemimpin 28 negara EU sepakat menyatakan pendirian tegas bahawa perkongsian atau kerjasama perkhidmatan rahsia perlu berlandaskan kepercayaan dan hormat-menghormati antara satu antara sama lain,” jelasnya lagi menurut laporan  AFP.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas