Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Pilih pemimpin mampu meniti perubahan

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 18 September 2013

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
KUALA LUMPUR 16 Sept. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, parti itu memerlukan pemimpin-pemimpin yang boleh meniti perubahan demi masa depan negara dan orang Melayu khususnya golongan muda.

Katanya, jika UMNO dapat melahirkan pemimpin-pemimpin berkualiti maka ia akan mampu membawa kejayaan kepada negara.

''Saya juga sangat bersetuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melihat lebih ramai muka-muka baharu ditampilkan dalam pemilihan kali ini bagi menunjukkan UMNO masih relevan.

''Bagaimanapun perubahan semata-mata hanya untuk perubahan tidak akan membawa parti ke mana-mana, namun pada masa sama kita perlu menunjukkan harapan bahawa UMNO masih relevan kepada cita rasa orang muda," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas tulisan Dr. Mahathir dalam Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan harapan bekas Perdana Menteri itu yang mahukan lebih ramai muka baharu terpilih dalam pemilihan UMNO Oktober ini.

Dalam tulisan Dr. Mahathir berkata, jika UMNO diperbaharui oleh golongan muda barulah UMNO dapat meneruskan perjuangan yang diamanahkan kepada parti itu oleh orang Melayu.

Mengulas kebimbangan Dr. Mahathir mengenai amalan rasuah dalam pemilihan kali ini, Hishammuddin berkata, sama ada perbuatan rasuah, serangan peribadi dan membongkar kelemahan parti, ia tidak perlu dilakukan kerana boleh melemahkan UMNO.

''Pemilihan kali ini amat penting kerana siapa yang bakal terpilih akan menjadi penentu kepada nasib anak-anak dan bangsa kita. Jika tersilap membuat pilihan saya bimbang tentang apa akan berlaku kepada nasib bangsa kita. Secara peribadi saya berharap pemimpin-pemimpin yang tergamak membuat tuduhan dan fitnah semasa pemilihan tidak perlu diberi ruang.

''Saya juga berharap kepimpinan semua peringkat termasuklah sayap UMNO dapat memilih pemimpin yang dapat melihat lebih jauh dalam konteks yang luas melibatkan rakyat Malaysia dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Hishammuddin berkata, dalam usaha mendengar suara generasi muda, UMNO telah membuat pindaan dalam proses pemilihan yang diputuskan tiga tahun lalu.

''Kepimpinan UMNO melakukan pindaan ini dengan hasrat mahu menjadikan UMNO lebih inklusif dalam menentukan kepimpinan negara. Jumlah 150,000 perwakilan kalau mahu dibandingkan dengan hanya 2,600 perwakilan sebelum ini adalah satu pembaharuan besar dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sesiapa sahaja boleh mengundi serta menawarkan diri.

'' Saya sedang mengkaji apakah melalui pindaan yang dilakukan akan menjadikan budaya politik UMNO lebih matang dan rasional. Namun detik ini adalah paling kritikal dalam pemilihan UMNO sepanjang sejarah penubuhannya, bagaimanapun saya yakin kebijaksanaan semua pihak dalam membuat apa yang dirasakan penting dan betul akan berjaya meletakkan keyakinan bahawa UMNO masih lagi relevan kepada semua," katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas