Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Kontroversi SK Pristina angkara 'batu api' pihak luar

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 18 September 2013

Datuk Seri Idris Jusoh
KUALA LUMPUR 17 Sept.- Kontroversi berhubung penyebaran gambar murid bukan Islam makan di bilik persalinan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, Sungai Buloh baru-baru ini dianggap selesai apabila semua pihak terlibat terutama ibu bapa memahami isu dan keadaan sebenar yang berlaku.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, isu tersebut sebenarnya digembar-gemburkan oleh pihak luar yang cuba menjadi 'batu api' dan memanipulasi terhadap salah faham yang terjadi apabila murid-murid sekolah itu terpaksa makan di bilik persalinan kerana kantin sedia ada tidak dapat menampung jumlah murid yang ramai.

"Sebenarnya ibu bapa murid terlibat faham dan tiada masalah dengan isu ini. Yang menjadi masalah adalah pihak luar yang tidak faham. Perkara ini telah diperbesar-besarkan sehingga dilihat sebagai isu perkauman.

"Pada hari ini, isu ini sudah selesai dan kita bermaaf-maafan di mana salah silap yang terjadi dan selepas ini kita akan teruskan perancangan untuk SK Seri Pristana seperti biasa demi perpaduan masyarakat," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan mengejut ke SK Seri Pristana dekat sini hari ini.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas