Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Kerajaan tidak ambil sikap apologetik - Ahmad Maslan

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 26 September 2013

Datuk Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR 24 Sept. - Kerajaan tidak akan sesekali bersikap apologetik terhadap usaha memperkasakan kaum bumiputera di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara tersebut termasuk mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera di setiap kementerian memandangkan Melayu meliputi 68 peratus daripada rakyat negara ini.

Beliau berkata, langkah tersebut hakikatnya tidak hanya akan memanfaatkan satu kaum sahaja tetapi merangkumi peningkatan pembangunan sosial yang menyeluruh.

“Apabila kita membangunkan kaum bumiputera yang merupakan dua per tiga daripada penduduk negara ini, maka negara itu secara keseluruhan akan memberikan pembanguan yang rata.

“Kalau pembangunan dan kekayaan yang hanya dimiliki sebahagian daripada penduduk maka tidak berlaku keseimbangan dari kestabilan sosial justeru, usaha memperkasakan bumiputera ini adalah untuk kebaikan masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (Perkobf) Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kali Ke-16 di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden Perkobf, Tukiman Radion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini melakar satu anjakan besar dalam agenda membela serta meningkatkan taraf kehidupan kaum bumiputera apabila melancarkan strategi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang merangkumi lima teras utama.

Lima teras agenda memperkasa ekonomi bumiputera yang diumumkan Najib itu adalah mendaya modal insan bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan bumiputera serta memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.

Mengulas lanjut Ahmad berpendapat, unit tersebut harus dimulakan segera bagi mencapai matlamat digariskan.

Langkah itu perlu kerana katanya, dapat dimanfaatkan lebih 28,000 golongan kontraktor kelas F terutama dalam mendapatkan peluang perniagaan di bangunan-bangunan kementerian.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas