Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Kerajaan atur kurangkan beban rakyat

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 26 September 2013

Datuk Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR 23 Sept. - Satu jaringan keselamatan sosial yang lebih komprehensif akan diperkenalkan kerajaan bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah berikutan rasionalisasi subsidi bahan api.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah diberi tanggungjawab menerajui kajian bagi mewujudkan sistem jaringan keselamatan sosial yang lebih menyeluruh itu.

Selain itu jelasnya, kerajaan akan terus memberi subsidi bagi barangan keperluan asas seperti subsidi harga beras yang kini bernilai RM528 juta, subsidi minyak masak (RM1.5 bilion), subsidi kadar elektrik bagi penggunaan RM20 ke bawah (RM150 juta) serta insentif hasil tangkapan nelayan (RM231 juta) dan insentif pengeluaran padi (RM563 juta).

''Kerajaan juga akan meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014. Bantuan lain yang diterima secara terus oleh rakyat adalah bantuan persekolahan seperti bantuan makanan dan pinjaman buku teks, bantuan kepada Orang Asli serta subsidi pengangkutan udara ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

"Bagi tahun ini, sebanyak RM46.6 bilion atau 20 peratus perbelanjaan mengurus kerajaan diperuntukkan untuk subsidi, insentif dan bantuan kepada rakyat," katanya menjawab soalan Ir. Shaharuddin Ismail (BN-Kangar) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad berkata, di samping subsidi dan bantuan terus, kerajaan juga akan terus memberi bantuan kepada rakyat dalam bentuk perkhidmatan sosial menerusi harga bayaran minimum atau percuma.

Berhubung rasionalisasi subsidi jelasnya, langkah itu merupakan salah satu perkara yang wajar bagi memastikan perbelanjaan kerajaan lebih berhemah dan produktif.

"Sebenarnya kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan pengurangan subsidi hingga 3 September lalu, bagi memastikan kesan yang minimum dan tidak membebankan rakyat. Pertimbangan juga dibuat berdasarkan kedudukan ekonomi global yang sederhana," tambahnya.

Sementara itu, beliau 'menyekolahkan' Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) yang mendakwa kerajaan bertanggungjawab menaikkan harga petrol walhal perkara itu ditentukan oleh pasaran dunia.

"Kerajaan tak naikkan harga minyak, ia ditentukan pasaran dunia, kerajaan cuma mengurangkan subsidi. Mengenai dakwaan Pokok Sena (Mahfuz) harga tambang bas ekspres telah naik ekoran peningkatan surcaj, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak pernah membuat kenyataan bersetuju tentang kenaikan tambang bas," katanya.

Walau bagaimanapun, Mahfuz yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu secara sinis berkata: ''Menteri (Ahmad), akal kami ini tak sependek Yang Berhormat."

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas