Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Bacaan fatihah Rasulullah

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 26 September 2013

KETIKA ini tersebar satu klip di laman Internet berkaitan cara bacaan al-Fatihah menurut bacaan Rasulullah SAW. Saya pada mulanya tidak berminat memberi apa-apa ulasan. Namun telah dihubungi seorang kawan yang memerlukan jawapan yang berbentuk ilmu. Apakah yang diterangkan penceramah tersebut menepati kaedah ilmu tajwid?

Selepas beberapa kali mengamati huraian yang dikemukakan oleh al-fadhil penceramah timbul beberapa persoalan yang memerlukan kepada penjelasan. Saya merasakan penjelasan sebegini penting bagi mengelak kekeliruan dan salah faham terhadap bacaan Rasulullah SAW.

Bacaan al-Quran dikawal oleh ilmu tajwid. Ulama meletakan kaedah ilmu tajwid dalam semua babnya seperti hukum nun sakinah, mim sakinah, mad, waqaf ibtida dan lain-lain adalah untuk memastikan bacaan al-Quran yang dibaca oleh Rasulullah SAW terus terjaga.

Dalam prinsip 10 pengenalan ilmu tajwid dinyatakan matlamat mempelajarinya adalah untuk menjaga lidah daripada tersalah menyebut atau membaca al-Quran.

Walaupun begitu mempelajari tajwid melalui buku atau secara dalam talian (online) melalui laman sesawang dan sebagainya adalah tidak mengesahkan bacaannya.

Bacaan al-Quran memerlukan talaqi daripada guru secara bersemuka atau disebut menerima daripada mulut guru. Bermaksud murid membaca di hadapan guru dan guru akan membetulkan bacaan yang tidak tepat.

Talaqqi dan kaedah tajwid perlu selari. Jika ada murid yang menghikayatkan menerima daripada gurunya cara bacaan sebegini namun tidak menepati kaedah tajwid yang disepakati ulama, maka dalam situasi sebegini seseorang perlu memilih dan menerima kaedah tajwid.

Penceramah ada menyebut cara bacaan di akhir ayat kedua pada kalimah al-'Alamin, yang di akhirnya ialah huruf nun dan akhir ayat ketiga pada kalimah al-Rahim yang akhirnya ialah huruf mim. Kadar ghunnah atau dengung yang diterangkan adalah terlebih daripada kadar yang sepatutnya.

Perlu difahami bahawa sifat huruf nun dan mim ialah ghunnah. Ghunnah mempunyai beberapa peringkat, jika huruf tersebut bertasydid dinamakan idgham wajib al-Ghunnah. Jika kedua-duanya bertasydid tetapi disukunkan dengan sebab waqaf, kadar sifat dengungnya kekal dua harakat. Tetapi jika keduanya tidak bertasydid dan disukunkan dengan sebab waqaf, sifat dengungnya daif dan sedikit sahaja.

Dalam huraiannya juga menyatakan cara menyebut huruf wau pada ayat wa Iyyak dan wau pada kalimah terakhir surah al-Fatihah dengan "heruk" mulut. Secara asasnya wau di dua tempat itu adalah berbaris di atas atau disebut fathah.

Fathah bermaksud buka mulut dengan kadar sederhana. Semua huruf hija'iyyah apabila berbaris di atas akan dibukakan mulut dengan kadar sederhana. Jika "herukkan" mulut seakan dengarnya seperti imalah. Sedangkan imalah mempunyai cara sebutannya yang tersendiri. Justeru yang tepatnya ialah menyebut huruf wau dengan baris fathah tanpa "diherukkan" mulut.

Disebutkan juga cara bacaan kalimah nasta'in, iaitu nun di akhir kalimah tersebut dibaca dengan memuncungkan mulut. Istilah untuk muncung mulut atau dua bibir dalam ilmu Tajwid dipanggil Isymam.

Terdapat satu bab khusus yang membicarakan isymam. Dalam riwayat Hafs yang diamalkan hanya satu tempat sahaja yang wajib dibaca dengan isymam iaitu dalam surah Yusuf, ayat yang ke-11.

Selain itu isymam juga boleh dibaca pada kalimah yang berbaris di hadapan tetapi disukunkan dengan sebab waqaf termasuk kalimah nasta'in yang dihuraikan penceramah.

Tujuan isymam atau muncung dua bibir adalah untuk menunjukkan bahawa huruf terakhir kalimah tersebut adalah berbaris di hadapan.

Dalam ilmu tajwid apabila pada sesuatu kalimah kaedah asalnya ialah sukun. Adapun isymam atau raum ia adalah khilah al-Jaiz iaitu pilihan sama ada mahu membacanya atau tidak. Bermakna jika waqaf pada kalimah tersebut kena dahulukan wajah sukun berbanding isymam atau raum.

Seterusnya dihuraikan juga cara sebutan kalimah sirat iaitu muncungkan mulut pada sebutan huruf sad. Ramai daripada kita mengamalkan ketika menyebut huruf sad dengan memuncungkan mulut. Dalam perkara ini kita perlu memahami bahawa makhraj huruf sad keluar dari hujung lidah yang diletakkan pada bahagian atas gigi kacip sebelah bawah.

Daripada makhraj tersebut keluar tiga huruf zai, sin dan juga sad. Walaupun keluar dari tempat yang sama namun sebutannya berbeza kerana setiap satunya mempunyai sifat yang berbeza. Bagi sad sifatnya ialah isti'la, hams, itbaq, rakhawah, safir dan ishmat. Semua sifat ini tidak memberi maksud muncungkan mulut ketika menyebut sad.

Memuncungkan mulut atau tidak sebenarnya bergantung kepada harakat atau baris. Jika huruf berbaris hadapan maka hendaklah dimuncungkan dua bibir. Baris fathah adalah membuka mulut dengan kadar sederhana dan baris kasrah bermaksud merendahkan tulang rahang. Kalimah sirat, huruf sadnya berbaris kasrah atau bawah. Justeru, sama sekali tidak memuncungkan dua bibir.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas