Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Tindakan kerajaan negeri Selangor tidak masuk akal

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Sabtu, 18 Januari 2014

Datuk Sohaimi Shahadan
KUALA LUMPUR 15 Jan. - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan tindakan kerajaan negeri Selangor mengarahkan pusat latihan kemahiran GiatMara di Taman Selayang Baru ditutup sebagai tidak masuk akal.

Beliau berkata, arahan penutupan GiatMara tersebut merupakan satu penindasan terhadap orang Melayu, sekali gus menutup peluang rakyat negeri itu untuk mendapatkan hak pendidikan.

Katanya, tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyerahkan tapak GiatMara itu kepada sebuah syarikat penyelenggaraan kapal terbang hanya bermotifkan keuntungan perniagaan semata-mata.

“Difahamkan tujuan tanah seluas satu ekar (0.4 hektar) itu diambil bagi membuka sebuah pusat membaik pulih pesawat, namun alasan itu tidak masuk akal langsung kerana tanah di situ hanya berkeluasan setengah ekar (0.2 hektar).

“Tanah itu juga jelas tidak sesuai untuk aktiviti itu kerana berdekatan dengan kawasan perumahan dan tempat riadah. Persoalannya, sudah tidak ada tanah lain ke di negeri Selangor ini?," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas arahan kerajaan negeri Selangor berhubung penutupan GiatMara Taman Selayang Baru yang dibuat melalui satu surat Pejabat Tanah dan Daerah Gombak kepada pengurus pusat latihan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) bertarikh 2 Disember lalu.

Difahamkan, pengurusan GiatMara itu diminta berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan dalam tempoh 12 bulan bermula 9 Disember lalu hingga 10 Disember depan atas alasan tanah seluas 11,396 kaki persegi yang diduduki pusat itu sejak 20 tahun lalu tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Sohaimi berkata, tindakan penutupan institusi pendidikan di negeri pembangkang bukan pertama kali berlaku dan rakyat seharusnya membuka mata terhadap sikap kerajaan itu yang kononnya mengutamakan kebajikan rakyat namun bertindak sebaliknya.

Jelas beliau, agenda kerajaan pembangkang amat jelas untuk memenangi hati golongan bukan bumiputera dan kapitalis dengan menghalang usaha membantu melahirkan lebih ramai golongan Bumiputera yang berkemahiran.

“Dalam hal ini, saya sangat kesal kerana wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Templer gagal membela nasib orang Melayu yang tertindas di situ dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seharusnya bertanggungjawab dalam perkara ini," tegasnya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas