Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Penerangan hingga ke akar umbi

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Selasa, 14 Januari 2014

SEREMBAN 12 Jan. - Kerajaan negeri akan menggiatkan sesi penerangan sehingga ke akar umbi mengenai usaha kerajaan menstruktur semula sistem cukai dan subsidi. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, usaha itu penting bagi membolehkan rakyat memahami dengan betul mengenai tindakan kerajaan dan mengelak mereka daripada membuat pelbagai tafsiran negatif.

Datuk Ahmad Maslan ketika seisi penerangan berkenaan kebaikan GST di Majlis Permekasaan Ekonomi Nasional (Seminar PENA) peringkat negeri-negeri di Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Kata beliau, kerajaan negeri akan mendapatkan bantuan Kerajaan Pusat terutamanya Kementerian Kewangan bagi membolehkan orang ramai di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri berpeluang mendengar penjelasan itu.

"Perkara ini ibaratnya seperti membiarkan diri kita dalam kegelapan. Manusia yang duduk di dalam gelap biasanya akan rasa takut dan ketakutan itu mendorong mereka membuat bermacam-macam andaian yang tidak benar.

"Begitu juga dengan orang yang takut dengan matapelajaran matematik. Mereka berasa takut kerana tidak faham. Tetapi jika mereka faham sudah tentu orang berkenaan akan kata bahawa matematik adalah matapelajaran yang paling senang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) peringkat negeri di Kompleks RTM Sungai Gadut di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. Lebih 1,000 orang yang terdiri daripada kakitangan awam, ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat, usahawan dan pelajar universiti menghadiri seminar berkenaan. Seminar itu antara lain bertujuan memberi penerangan mengenai tiga agenda besar ekonomi negara iaitu Bajet 2014, pemerkasaan ekonomi bumiputera dan kebaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan Seminar Pena yang pertama di Kuala Lumpur pada 24 November tahun lalu. Mohamad menarik perhatian, tindakan kerajaan menstruktur semula sistem cukai dan subsidi bertujuan mempertahankan ekonomi negara sesuai dengan peredaran masa. "Bagaimanapun, ketika berbuat demikian, kerajaan tidak akan lari daripada tanggungjawabnya membantu orang susah dan miskin seperti mana yang telah dilakukannya sejak sekian lama," ujarnya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas