Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Kewangan Islam global RM6.4 trilion

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 2 Januari 2014

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Industri kewangan Islam global dijangka berkembang kepada AS$2 trilion (RM6.4 trilion) pada tahun depan berbanding AS$1.3 trilion (RM4.16 trilion) tahun ini, didorong oleh penerimaan dari negara seperti United Kingdom.

Datuk Ahmad Maslan (dua dari kiri) menunjukkan majalah Islamic Banker Asia selepas seisi perasmian majalah tersebut di Kuala Lumpur.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, ppotensi itu dapat dibuktikan apabila United Kingdom kini sudah menerbit sukuk iaitu bon dalam pasaran Islam.

Beliau berkata, tindakan negara itu adalah sesuatu yang memeranjatkan dan tidak pernah difikirkan akan berlaku sebelum ini.

"Oleh itu, sistem kita boleh dieksport ke luar negara dan sebab itulah World Islamic Economic Forum (WIEF) diadakan di London dan bukannya di rantau ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran majalah 'Islamic Banker Asia' di sini hari ini.

Yang turut hadir Pegawai Eksekutif Islamica Money Group, penerbit Islamic Banker Asia, Muhammad Fadzil.

Ahmad Maslan berkata, Malaysia ketika ini berada pada kedudukan pertama dalam penerbitan sukuk di dunia, manakala insurans takaful Islamik pada tempat kedua dan tempat ketiga bagi sistem kewangan Islam.

Menurutnya, sistem kewangan Islam di negara ini akan terus berkembang pada tahun depan, didorong oleh penerimaan yang baik daripada masyarakat bukan Islam.

"Disebabkan rangka kerja peraturan dan perundangan yang kukuh serta kesedaran yang tinggi, industri kewangan Islam kita bukan sahaja teguh, malah ia turut memberi perkhidmatan pada pelanggan bukan Islam yang merupakan separuh daripada pasaran.

"Perkara ini menunjukkan bahawa dunia kewangan Islam mempunyai potensi yang cemerlang dan sebagai perbankan alternatif kepada pelanggan daripada setiap golongan masyarakat," ujarnya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas